Dapur

Resepi Mee Hailam Paling Simple Tapi Serius Sedap Macam Kat Kedai

3.2K
SHARES

“Teringin pulak nak makan mee hailam. Kat mana nak cari mee hailam yang sedap agaknya ye…”

Sesekali tu tekak rasa boring nak makan nasi kan. Dapat pekena mee berkuah pun best juga.

Selalunya kita jumpa mee hailam ni pun dekat foodcourt atau restoran tertentu saja.

Sebenarnya tak susah pun nak buat mee hailam dekat rumah tau.

Kalau buat open house pun boleh buat mee hailam ni sebab bahan-bahannya senang sangat dan tak banyak karenah.

Bagi mak-mak yang balik kerja tak tahu nak masak apa, dan tekak tu rasa tak mahu makan nasi boleh la cuba resepi mee hailam simple tapi sedap oleh Puan Nor Azizah Abdul Razak ni.

Resepi Mee Hailam Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang putih
  • Biji lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • Kicap pekat
  • Ayam / daging / fishball / fishcake / sotong / udang
  • Sayuran – sawi, cendawan, baby jagung, carrot, kobis bunga, dll
  • Mee kuning

Resepi mee hailam

Cara-cara

1.Tumbuk

Mula-mula tumbuk 3 ulas bawang putih dengan biji lada hitam.

2. Tumis

Kemudian tumis bahan yang dah ditumbuk tadi.

Sambil tu masukkan sekali dengan kiub pati ayam.

3. Masukkan Air & Kicap Pekat

Bila dah bau wangi, masukkan air setengah periuk.

Masukkan kicap pekat 1 senduk kecil dan kacau.

Kicap pekat ni bolehlah nak guna jenama apa pun tak apa asalkan kicap pekat.

4. Masukkan Ayam & Fishball

Seterusnya masukkan ayam + fishball + fishcake. Kalau nak ganti dengan udang / daging / sotong pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing.

Kacau dan tunggu isinya masak.

5. Masukkan Sayur

Bila bahan-bahan tadi dah masak, masukkan sayur yang dah dibasuh.

Sayur ni semua saya masukkan macam ni:

  • sawi – asingkan batang dan daun. Daun sawi saya masuk akhir sekali masa tutup api tu. Sebab takmau daun jadi layu sangat
  • cendawan – saya guna yang dalam tin. Kalau nak potong nipis pun boleh, saya potong 4 saja.
  • baby jagung – potong kecil
  • carrot – potong memanjang
  • bunga kobis – potong kecil

6. Pekatkan Kuah

Bila dah gaul semua sayur tadi, sekarang kita pekatkan sikit kuahnya.

Caranya masukkan 2 sudu tepung jagung yang dah dibancuh dalam air.

(Mesti bancuh dalam air dulu tau, kalau masuk terus nanti dia jadi berketul ketul).

7. Perasakan

Kacau semua bahan dan rasa dulu, kalau kurang masin tambah sedikit garam halus.

Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air.

Kuah mendidih dan semua bahan dah masak tutup api dan masuk kan daun sawi. Saya masuk akhir sekali sebab tak mau daun tu layu sangat.

8. Tabur Daun Sup, Cili & Bawang Goreng

OK dah siap!

Boleh tabur daun sup + bawang goreng hirisan cili ikut suka. InsyaAllah sedap.

Mudah kan?

So lain kali bolehlah buat sendiri dekat rumah je. Memang puas hati masak sendiri sebab macam-macam isinya tu boleh bubuh ikut suka kita.

Tak payah pening kepala nak cari kedai makan mee hailam lagi. Satu famili boleh makan ramai-ramai.

Selamat mencuba!

*Resepi mee hailam ini dikongsikan oleh Puan Nor Azizah Abdul Razak menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×