Deko & Hias

10 Idea Kreatif & Comel Lunch Box Untuk Anak Yang Tak Suka Makan

37
SHARES

Para ibu mesti selalu ada masalah tak tahu nak masak apa untuk anak supaya anak makan makanan yang dah disediakan tanpa merungut. Untuk pastikan anak makan tanpa dipaksa, Mama Wati telah berkongsi idea kreatif menghias bento untuk anak-anak dengan makanan, buah-buahan serta sayur-sayuran menyerupai watak-kartun yang menarik supaya selera makan anak bertambah.

LEBIH BERSIH & BERKHASIAT

“Seperti tahun2 lepas Mama cuba untuk terus sediakan bento untuk anaknda. Matlamat juga masih sama mahu anak2 makan makanan dari rumah yang lebih bersih, lebih berkhasiat dan yang penting diiringi dengan doa2 dari mama setiap kali menyediakan makanan untuk semua. Moga-moga kalian menjadi anak yang berguna, In Syaa Allah. Selain dari itu, mama tidak perlu risau sangat tentang anak dapat makan,terkejar masa,berebut dikantin dan sebagainya. Selamat berbento juga untuk semua sahabat. Moga kita terus istiqomah”

Bentuk Haiwan Yang Comel!

Nasi lemak pandan, sambal bilis, sayur buncis, telur dadar & oren.

Kaya, peanut butter toast, persimmon & epal.

Fettucini carbonara, strawberi & susu madu.

Bihun goreng tomyam, telur, jagung, nangka & epal.

Roti telur daging cheese, buah lai & anggur.

KARAKTER KARTUN YANG MENARIK!

Bihun goreng, telur mata, strawberi & epal.

Nasi goreng, telur rebus, cherry tomato & seaweed.

Pau sambal bilis

Nasi butter kismis, kari ayam & oren.

Mee goreng mamak, kek batik, anggur.

Comel kan? Sayang je rasa nak makan

Sumber: Hasnawati Yahaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×