Percutian

Persediaan Bekal Makanan Anak Ketika Travel, Check Imigresen Senang Lepas!

339
SHARES

Setiap kali tiba musim bercuti, mulalah para ibu berpusu-pusu merancang dan mencari kelengkapan anak sepanjang percutian supaya dapat menikmati percutian tersebut. Salah satu perkara yang merunsingkan para ibu adalah makanan bayi ketika bercuti. Jadi, ibu ini telah kongsi tips mudah bawa makanan bayi ketika melancong supaya anak tidak kelaparan.

TIPS MUDAH BAWA MAKANAN BAYI KETIKA TRAVEL

Kesemua barang yang akan dibawa (yang tak termasuk dalam ni adalah tomato, telur, unsalted butter & bread).

Hai semua, memandangkan minggu depan Cyrus & mummy daddy akan travel ke luar negara selama 5 hari dengan menaiki flight. Hari ni mummy kena siap packing dry food dulu. Jadi, malam ni mummy Cyrus nak share baby food travel tips tanpa perlu bawa banyak barang macam nak pindah rumah. Khas untuk baby 1 tahun & yang dibawah 1 tahun pun boleh guna menu & cara yang sama cuma perlu sedia kan extra penapis untuk tapis makanan bagi baby yang masih makan tekstur halus.

MUDAHKAN KASTAM CHECK

Tips ni pun berguna juga untuk travel di dalam negara kita. Yang penting kalau nak travel ke luar negara tu, kena declare makanan yang kita bawa oleh sebab itu, pentingnya kita packing bahan & peralatan di tempat yang sama bagi memudahkan custom check dan tulis siap-siap apa bahan yang kita bawa supaya tak ada information yang tertinggal semasa nak declare makanan tu.

Bila dah masuk kan kesemua dry food dalam satu zip lock bag. Kontena kecil tadi dimasukan di dalam periuk, jimat ruang!

Dan please take note juga yang ada negara yang strict sikit tak boleh bawa produk tenusu & bahan mentah masuk ke dalam negara mereka macam Australia. Saya izinkan share kepada yang nak share tanpa perlu minta kebenaran. Sharing is caring.

Apa yang best pasal periuk ni, 3 dalam 1.

*Additional info:

Cadangan makanan. Tertakluk pada perubahan.

1.Memandangkan hotel tempat kami menginap ada peti ais, jadi senang je simpan butter & tomato. Bagi yang menginap hotel yang tak ada peti ais, pengunaan butter boleh lah digantikan dengan minyak masak.

2.Bagi saya tomato & telur menjadi pilihan utama saya dalam menu ni selama 5 hari nanti, sebab telur & tomato tahan lama disimpan tanpa peti ais & juga dalam peti ais. Dan cepat dimasak. Baby pun tak jemu makan kalau kita pelbagaikan jenis masakan dengan pengunaan telur & tomato sebab tomato ada rasa semula jadi dia masam manis sikit.

3.Pengunaan full cream milk dalam masak kan boleh bagi bayi dibawah 1 tahun.

Benda wajib ni. Kalau bawa cooker tapi tak bawa ni, nak memasak pun tak boleh. Hihi.. Nak cas handphone pun tak boleh.

4.Tomato, telur, unsalted butter & bread saya beli selepas landing kat sana nanti. Mungkin akan ada perubahan menu, kalau ada sayur-sayur & buah-buahan yang sesuai dimakan oleh baby.

*Mudah je kan? Semoga bermanfaat!

Sumber: Julie Davyd

Most Popular

To Top
×