Dapur

Resepi Creamy Fruit Salad Yang Cukup Special. Sihat, Lazat & Menyegarkan Tekak

3.5K
SHARES

“Nak buat pencuci mulut apa untuk open house nanti ye. Biskut raya dah ada. Nak tambah kek lagi, muak pulak rasa… Menu apa menarik untuk tetamu ye?”

Sesekali ubah selera apa kata sediakan salad buah-buahan sebagai pencuci mulut. Selain menyihatkan, ia juga cukup menyegarkan tekak. Apatah lagi kalau disediakan bersama krim salad yang sedap dan berkrim. Fuh, memang padu!

Jom kita cuba resepi Filipino Fruit Salad yang dikongsikan oleh Puan Marimar Mas.

Menurut beliau, resepi ini beliau dapat melalui seorang kawan berbangsa Filipina di tempat kerja.

Tak rugi cuba. Memang sedap sangat walaupun first time buat.

Rata-rata tetamu yang makan semuanya suka. Diorang puji, “Sedapnya puding buah ni..”

Jadi, korang bolehlah try buat dekat rumah atau bila ada majlis untuk dijadikan pencuci mulut. Confirm licin!

Ini saya kongsikan resepi salad buah yang simple tapi sedap sangat.

Resepi Salad Buah Berkrim Yang Lazat, Simple & Menyegarkan Tekak

Bahan-bahan

  • Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
  • Susu Pekat
  • Cheddar Cheese
  • Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
  • Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
  • Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)

Resepi salad buah

Cara-Cara

1. Potong & Kupas Buah

Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.

Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.

2. Potong Cheddar Cheese

Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.

3. Tapis Fruit Cocktail & Corn Kernel

Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.

4. Gaul Krim

Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.

Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap

Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant. Ini gambarnya saya letakkan di bawah supaya senang korang nak cari.

Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.

5. Masukkan Buah

Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.

6. Sejukkan

Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.

Baru sedap!

Boleh ‘Pancing’ Anak-anak Makan Buah

Senang kan? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni.

Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah jugak.

Memang sihat, lazat dan rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain!

Selamat mencuba.

*Resepi salad buah berkrim ini dikongsikan oleh Puan Marimar Mas menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×