Dapur

Resepi Mee Goreng Basah ‘Berlemoih’ Mulut, Confirm Licin!

2.6K
SHARES

Sepanjang 30 Hari Ramadhan ini semestinya yang paling susah untuk difikirkan ialah menu untuk berbuka puasa. Sudah semestinya anda ingin masak menu yang berbeza. Dengan lambakan resepi yang dikongsi oleh semua orang, dan juga ada yang telah menubuhkan satu group khas di akaun media sosial hanya untuk berkongsi resepi antara satu sama lain.

Menu biasa yang  dikongsi pastinya resepi pelbagai lauk yang boleh dimakan dengan nasi. Walaubagaimanapun jika anda sudah jemu hanya berbuka dengan nasi, anda boleh mencuba resepi yang dikongsi oleh Nur Aisya melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Resepi mee goreng basah yang dikongsi sangat menyelerakan dan juga sesuai untuk dibuat juadah berbuka.

Resepi Mee Goreng Basah

Bahan-bahan untuk 4 orang makan

1. Mee setengah kilo

2. Cili blend 1 senduk (kena banyak.. So cari yang tak pedas la)
*cili blend biasa dah siap blend dengan bawang putih dan merah

3. Sawi

4. Sotong/udang/ayam/daging ikut selera masing masing

5. Sos tiram 2 sudu besar

6. Sos cili 1 sudu besar

7. Kicap manis

(bahan bahan ni saya guna.. Kalau nak tambah tauhu blh je)

Cara-cara memasak :

1. Mula-mula tumis cili blend sampai garing, Macam buat sambal tumis. Cili kena banyak baru kuah pekat cantik…

2. Masukkan ayam/daging. Tunggu sampai ayam masak..tuang kicap, sos tiram dan sos cili.. Tumis lagi sampai pekat.

3. Masukkan sedikit perasa kemudian masukkan mee..gaul rata…masukkan 1 cawan air panas. Baru masukkan sotong dan udang sebab tak nak overcooked..masukkan sawi…

4. Tunggu sampai udang dan sotong masak.

Siap!

Itu dia resepi mudah dan sesuai untuk semua. Senang untuk dimasak dan boleh dijadikan sebagai juadah utama untuk berbuka juga. Selamat Mencuba!

Sumber : Nur Aisya

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×