Dapur

Baby 7 Bulan Dah Boleh Makan Bertumis & Berempah. Ini 9 Resepi Mudah Untuk Mama Cuba

9.9K
SHARES

Kadang-kadang rasa buntu fikirkan menu makanan baby kan? Sebenarnya ada banyak resepi makanan bayi 7 bulan yang menarik boleh kita olah sebab pada usia ni dia dah boleh makan bertumis dan berempah.

Kita boleh masakkan lauk macam yang kita biasa makan, cuma alterkan sikit ikut kesesuaian bayi.

Jom tengok 9 resepi makanan bayi 7 bulan yang dikongsikan oleh Norfaezawati Wahid menerusi posting beliau di Happy Baby Foods Malaysia.

Meriah tengok lauk baby ni, kita pun rasa berselera nak makan!

 

9 Resepi Makanan Bayi 7 Bulan Yang Confirm Tak Bosan!

Lauk yang kita nak masak ni kalau nak jadi lauk untuk kita makan sekali pun boleh. Cuma untuk baby tu jangan masukkan garam, gula & perasa MSG.

Tapi biasanya menu baby saya masak asing sebab saya suka masakan berlada dan pedas.

Saya selalu masakkan lauk untuk baby setiap 3-4 hari sekali lepas tu frozenkan dalam bekas kecil. Nanti boleh rotate dengan lauk sebelum ni dan taklah dia bosan makan lauk yang sama setiap hari.

Semua yang saya masak ni saya blender sebab baby belum ada gigi dan suka makan bubur.

Jom tengok menu dan resepi bayi 7 bulan saya.

 

1. RESEPI FISH FILLET SWEET SOUR

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung/ tenggiri/ salmon*(goreng dgn unsalted butter@minyak)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Tomato ceri
  • Cauliflower
  • Brokoli
  • Carrot*(potong dadu)
  • Daun sup*(racik)
  • Unsalted butter

Cara-cara:

  1. Blender bawang besar, bawang putih, halia & tomato ceri.
  2. Panaskan unsalted butter & masukkan bahan yang diblender.
  3. Tumis sehingga naik bau dan betul-betul masak.
  4. Kemudian masukkan carrot dan sedikit air.
  5. Bila carrot dah agak empuk masukkan masukkan kesemua sayur & ikan. Kacau-kacau bagi sayur masak. Siap.

 

2. RESEPI CHICKEN BUTTERMILK

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Isi ayam*(goreng)
  • Bawang putih*(cincang)
  • Bayam
  • Kacang peas
  • Carrot
  • Unsalted butter
  • Formula milk

*kalau tak ada susu formula, boleh juga gantikan dengan cream cheese. Susu ibu pun boleh tapi masukkan masa dah suam ya sebab susu ibu tak boleh kena suhu tinggi. Kalau bayi 8 bulan ke atas boleh guna susu full cream.

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 sudu unsalted butter & masukkan bawang putih.
  2. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan kacang peas, carrot & isi ayam
  4. Bancuh FM dgn 1/2 cawan air & masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
  5. Nanti bila dah mendidih masukkan bayam. Tutup api.Siap!

 

3. RESEPI SUP AYAM

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sawi
  • Kacang peas
  • Carrot
  • Cauliflower
  • Daun sup*(racik)
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan 1 sudu minyak.
  2. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam nampak separuh masak.
  4. Kemudian masukkan carrot & kacang peas serta 1 cawan air. Masak sehingga menggelegak.
  5. Akhir sekali masukkan sawi, cauliflower & daun sup. Masak hingga sempurna dan boleh tutup api.Siap.

 

4. RESEPI IKAN MASAK HALIA

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Ikan merah/ tenggiri/ salmon *fillet
  • Bawang besar *mayang
  • Bawang putih *mayang
  • Halia *potong halus memanjang
  • Carrot * potong halus memanjang
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan 1 sudu minyak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air (ikut nak kuah banyak mana).
  4. Agak-agak air nampak mendidih boleh masukkan ikan & carrot.
  5. Masak sehingga ikan masak sempurna.Siap.

 

5. RESEPI SUP SAYUR

resepi makanan baby 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Bawang putih*(ketuk)
  • Serbuk lada putih
  • Kubis
  • Brokoli
  • Carrot
  • Sweet potato

Cara-cara:

  1. Renehkan bawang putih & 1sudu serbuk lada putih dengan 2 cawan air.
  2. Bila dah menggelegak masukkan isi ayam, sweet potato & carrot.
  3. Akhir sekali masukkan kobis & brokoli. Tutup api.Siap.

 

6. RESEPI IKAN MASAK KURMA

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Ikan merah/ tenggiri/ salmon
  • Bawang besar *mayang
  • Bawang putih *mayang
  • Halia *ketuk
  • Rempah kurma
  • Carrot
  • Sweet potato
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 sudu minyak.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau.
  3. Bancuh 1 sudu rempah kurma dengan sedikit air masukkan dalam bahan yang ditumis tadi.
  4. Kacau sehingga naik minyak dan garing tambah air. (Ulang kacau & tambah air ni sehingga 3x biar betul-betul masak rempah tadi).
  5. Tambah air nampak lagi dan masukkan sweet potato & carrot.
  6. Bila air mendidih boleh masukkan ikan.
  7. Masak sehingga ikan masak sempuna.Siap!

 

7. RESEPI SUP IKAN MERAH

idea makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Ikan merah
  • Bawang besar*mayang
  • Bawang putih*mayang
  • Halia*ketuk
  • Serbuk lada putih
  • Labu
  • Kacang peas
  • Carrot
  • Brokoli
  • Daun sup*(racik)
  • Olive oil/ minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan 1 sudu minyak.
  2. Masukkan halia, bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk lada putih, labu, carrot & kacang peas serta 2 cawan air.
  4. Bila semua bahan dah empuk, boleh masukkan ikan & brokoli. Masak sehingga menggelegak.
  5. Akhir sekali masukkan daun sup. Tutup api.Siap!

 

8. RESEPI BUTTER CHICKEN

resepi makanan bayi 7 bulan

Bahan-bahan:

  • Bawang
  • Labu
  • Brokoli
  • Kacang peas
  • Isi ayam
  • Olive oil
  • Unsalted butter

Cara-cara:

  1. Panaskan 1 sudu minyak dan unsalted butter.
  2. Masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan sayuran macam biasa. Masak hingga sempurna.Siap.

 

9. RESEPI TOMYAM PUTIH

resepi tomyam baby

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Bawang bawang besar*(potong 4)
  • Bawang putih*(ketuk)
  • Serai*(ketuk)
  • Halia*(ketuk)
  • Daun limau purut
  • Kubis panjang
  • Brokoli
  • Cauliflower
  • Carrot
  • Kacang peas
  • Tomato ceri

Cara-cara:

  1. Renehkan bawang besar, bawang putih, halia, serai & tomato ceri
  2. Bila dah menggelegak masukkan isi ayam, kacang peas, carrot & daun limau purut
  3. Akhir sekali masukkan kobis panjang & brokoli. Tutup api. Siap!

Cadangan Hidangan & Simpanan

Untuk bagi pada baby saya yang umur 7 bulan, saya blender dan hidang dengan bubur nasi yang dimasak asing.

resepi makanan bayi 7 bulan

Saya ambil sebahagian je ikut portion makan baby. Yang lebih tu saya letak dalam bekas macam dekat gambar di bawah ni.

Nanti bila nak guna saya ambil dan defrost dalam microwave atau stimkan guna pengukus / steamer.

[Baca juga : Ketahui Jangka Hayat Botol Susu & Bekas Simpanan Susu Perahan Anda ]

Kalau tak ada microwave atau kukus / steamer, boleh juga guna kaedah double boil macam kita cairkan coklat tu supaya tak hangus.

Boleh juga kalau nak blender sekali dengan bubur. Ikutlah nak halus mana tekstur tu, tengok pada kesesuaian bayi.

Kalau simpan dalam chiller tahan 3 hari, kalau frozenkan boleh tahan sampai 1-2 bulan.

Selain dapat makan lauk yang sedap dan berkhasiat, ibu pun dapat jimat masa dan lebih mudah nak mengurus menu harian bayi dekat rumah.

Nak bekalkan untuk pengasuh pun senang kan?

[Baca juga : Mudahkan Pengasuh Anda. Ini 7 Tips Bekalkan Susu Perahan Untuk Bayi]

Jadi ibu-ibu bolehlah cuba resepi ni nanti ya!

 

*Resepi bayi 7 bulan ini dikongsikan oleh Norfaezawati Wahid menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan resepi bayi 7 bulan ini, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×