Dapur

Lebih 57K Shares, Resepi Laksa Tak Hanyir & Bau Semerbak Ini Confirm Boleh Licin Mangkuk

1.4K
SHARES

Siapa sahaja yang tidak menggemari juadah bernama laksa. Bukan sahaja mempunyai kepelbagaian rupa dan rasa mengikut negeri dalam Malaysia, laksa juga sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja. Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang mahir memasak laksa supaya dapat hilang rasa dan bau hanyir ikan. Jadi, buat anda yang merupakan ‘hantu’ laksa terutama sekali laksa utara, ini adalah resepi kuah laksa yang tidak hanyir dan bau semerbak sampai rumah jiran pun boleh bau! Dalam masa 25 minit sahaja dah boleh siap.

RESEPI KUAH LAKSA TAK HANYIR DAN BAU WANGI

Bahan-bahan

-ikan kembung atau ikan sardin

-bawang besar, belacan

-cili kering, cili merah dan cili padi

-asam keping homeade

-daun kesum dan bunga kantan

1. Ikan kembung lemak. Semua sedara mara dia dalam tu. Nanti air rebus ikan ni buang tau.

2. Gigi besi owh gigi besi, blend je semua kepala dan tulang semua. Jangan takot. Kang kita tapis. Pakai air paip je.

3. Macam biasa lah, blender serba boleh hat ni.

4. Raga ikan ibu yang paling ku sayang. Banyak bakti nya. Tapis di sini, tulang segala selamat di raga, tak masok dalam kuah laksa kita.

5. Cantik kejadiannya. Pekat kan. Nanti tambah air sikit.

6. Ini part sambal dia. Korang nak pedas boleh letak cili padi tu lebih. Ini sukatan yang anak anak pon boleh makan.

7. Hah? Blender ni lagi. Kan dah kata blender serba boleh. Korang takde jangan jelous.

8. Campak dalam periuk. Haishh senang je kejenya korang.

9. Helok hitam asam keping ibu. Buat sendiri asam keping ni. Bukan beli.

10. Udah siap ha! Apa lagi, bau wangi yamat.

11. Tonggeng terus masuk ke sambal tadi. Bekilat kan dapo ibu, tips nya, lepas masak sila kemas terus.

12. Terus masuk kan daum daun ni ye.

13. Yeaaahhhh siap dah! Biar ngelegak dah masak la tu weh. Boleh makan bersama anak anak.

*Terliurnya tengok laksa!

Sumber: Ameera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×