Dapur

Resepi Kerabu Bayam Brazil Yang Confirm Buat Korang Terliur. Ratah Je Pun Sedap!

1.4K
SHARES
Resepi kerabu bayam brazil

Makin ramai yang dah tanam bayam Brazil dekat rumah sejak musim PKP tempoh hari kan?

Bayam Brazil ni memang mudah tumbuh dan senang nak dijaga. Kejap je dia hidup subur merimbun.

[ Baca juga : Elak Diserang Ulat, Ini Tips Bayam Brazil Sihat Merimbun ]

Yang best tu, macam-macam resepi boleh kita buat dengan bayam Brazil ni.

Kalau dah malas sangat, boleh buat ulam je. Bila nak makan, terus petik dan basuh.

Kalau dah boring makan bayam Brazil goreng tepung atau yang dimasak sebagai lauk, apa kata kita cuba resepi kerabu bayam Brazil ni.

Nampak sedap sangat, boleh kecur air liur tengok bahan-bahan tu.

Jom kita tengok bahan-bahan dan resepi kerabu bayam Brazil yang lengkap oleh saudari Nabila Humaira ini.

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap & Mudah

Kisahnya saya pergi rumah kakak dan kakak buat kerabu bayam Brazil.

Ya ampunnn sedap ya amat!

Disebabkan ramai tanya resepi kerabu bayam Brazil yang jadi kakak saya kongsikan di sini.

Bahan-bahan

  • Bayam Brazil
  • Mangga Muda
  • Cili Padi
  • Bawang Merah
  • Gula (ikut rasa)
  • Air Limau Nipis
  • Asam Boi di hiris atau di sagat. (Jangan ambil bijinya, takut tercekik lekat dekat kerongkong)
  • Kerisik (Bahan paling penting!)
  • Bunga kantan (sebagai penyedap dan nak bagi wangi)
  • Ikan bilis (digoreng garing)

(Nota: Kuantiti bahan ikut sesedap rasa)

Resepi kerabu bayam brazil

Cara-cara

1. Goreng Ikan Bilis

Mula-mula gorengkan ikan bilis sampai garing.

Ketepikan dulu sebab nanti akhir sekali baru kita nak tabur dalam kerabu.

2. Gaulkan Semua Bahan Lain

Sementara tu kita satukan bahan-bahan lain yang dah dipotong halus ke dalam sebuah bekas.

3. Tabur Ikan Bilis

Akhir sekali kita taburkan ikan bilis.

Garam tak perlu letak sebab ikan bilis dengan asam boi tu dah agak masin.

Siap!

Ok dah siap dah. Mudah je kan?
Inilah hasilnya….

Resepi kerabu bayam brazil

Boleh sangatlah buat resepi kerabu bayam Brazil ni dekat rumah sebab sangat simple dan sihat juga.

Mesti makin layan nak makan nasi. Ratah aje pun dah sedap.

Selamat mencuba!

[ Baca juga : Resepi Kerabu Maggi Ala Thai Yang Kaww, Siap Sepantas 5 Minit ]

*Resepi Kerabu Bayam Brazil ini dikongsikan oleh Nabila Humaira menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Rujuk post asal beliau di SINI untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan resepi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×