Dapur

Resepi Kerabu Maggi Ala Thai Yang ‘Kaw-kaw’, Siap Sepantas 5 Minit

2.5K
reads

“Aduh, laparnya perut. Nak keluar malas, nak masak pun tak berapa rajin. Takkan nak makan mee segera lagi. Bosannya! Apa lagi resepi best yang kita boleh olah daripada mee segera ya?”

Mee segera adalah antara makanan ’emergency’ yang disukai ramai, tak kiralah oleh orang bujang ataupun pasangan yang dah berkahwin. Ada masanya tekak memang teringin nak makan mee segera, tapi bosan pula bila asyik-asyik makan dengan cara yang sama.

Kerabu maggi ini adalah antara olahan resepi yang boleh anda buat di rumah. Rasanya macam maggi biasa, cuma ada rasa pedas yang dan masam menjadikannya lebih ‘kaw’.

Dalam perkongsian yang disumbangkan oleh Puan Yanie Rosdi ini, beliau akan menunjukkan cara yang sangat simple untuk membuat kerabu maggi ala Thai yang lazat. Sepantas 5 minit, dah siap untuk dimakan. Walaupun kali pertama mencuba, kesedapannya pasti tak akan mengecewakan anda!

Resepi Kerabu Maggi Ala Thai Yang ‘Kaw’, Siap Sepantas 5 Minit

Untuk membuat kerabu maggi ala Thai, ini adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Maggi Thai
  • Crab stick
  • Sotong
  • Udang
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Serai (dihiris halus)
  • Bunga kantan (dihiris halus)
  • Kacang panjang (dihiris halus)
  • Daun sup (dihiris halus)
  • Daun limau (dihiris halus)
  • Lemon (diperah)

resepi kerabu maggi

Cara-cara

Berikut adalah langkah-langkah membuatnya.

1. Rebus / Celur

Pertama sekali, rebuskan maggi terlebih dahulu. Bila dah agak-agak lembut sedikit, masukkan celurkan udang / sotong & crab stick.

Kemudian, toskan seperti dalam video di bawah ini.

2. Masukkan Bahan-bahan Lain

Seterusnya, masukkan bahan-bahan lain seperti cili, serai, tomato, daun sup, daun limau, bunga kantan, dan kacang panjang yang dihiris halus.

Kuantitinya bolehlah agak-agak macam di bawah ini. Kalau suka lebih pedas, boleh banyakkan lagi cilinya.

3. Perah Lemon

Untuk mendapatkan rasa masam-masam yang ‘kaw’ tambahkan sedikit perahan lemon.

Kalau tak ada lemon, boleh juga gunakan limau nipis.

4. Bubuh Perencah

Akhir sekali, guna perencah maggi Thai dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Tak perlu tambah apa-apa lagi dah sebab ia memang dah secukup rasa. Kalau ada yang bertanya, inilah maggi yang saya gunakan. Di pasaraya biasa seperti KipMart atau Jusco pun ada jual.

Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram dan gula mengikut citarasa.

Siap, Sepantas 5 Minit!

Wah memang terliur bila tengok hasilnya. Mudah saja cara membuatnya. Lepas ini, bolehlah cuba di rumah. Sekali-sekala, makan begini mesti menaikkan lagi selera.

Mudah pun mudah.

 

Selamat mencuba!

 

*Resepi Kerabu Maggi ala Thai ini dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian tips, boleh follow beliau di SINI.

Yang Popular

To Top