Dapur

Resepi Kerabu Maggi Thai Viral Paling Mudah, Sedap & Pedas Sampai Berasap Telinga!

45
SHARES

Sebut sahaja makanan Thai, antara salah satu menu yang menjadi idaman ramai selain tomyam adalah kerabu mi segera. Kerabu mi segera atau kerabu maggi ini mempunyai rasa yang masam-masam pedas yang boleh membangkitkan selera sesiap sahaja terutama sekali buat anda yang ‘hantu pedas’. Bukan sahaja mengenyangkan dan boleh dimakan pada bila-bila waktu, juadah ini sebenarnya tidak sukar untuk dibuat sendiri jika anda tahu teknik yang betul.

Jom kita cuba buat kerabu maggi Thai yang ‘confirm’ rasa macam di Thailand!

CARA BUAT KERABU MAGGI PALING KAW!

Bahan-bahannya;

3 bungkus Maggie Thai/Siam

1 biji buah tomato-hiris

1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland

Sejengkal batang celery

Segenggam daun ketumbar

1 biji cili merah besar

1 sudu sos ikan-jika suka

1 sudu air asam limau-jika suka

2 peket rempah maggie siam – (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).

Bahan Lauknya: Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball

Cara-caranya:

1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera.

2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.

3. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fish cake. Sebentar sahaja. Bila dah mengerekot, terus angkat. Kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis…jangan main lebur jer tau..kadar masak dia berbeza.

4. Keluarkan seafood.

5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.

6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!

Siap!

Sumber: Cik Wan Kitchen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×