Dapur

Resepi ‘Potato Emoticon’ Untuk Kudapan Sihat Anak-anak. Comel & Sedap!

resepi kentang lenyek

“Cuti-cuti macam ni memang rasa nak mengunyah je. Nak pulak tengah cuaca sejuk dan hujan-hujan. Tapi asyik makan yang sama je boringlah. Nak masak apa ye untuk anak-anak petang ni?”

Sesekali, memang seronok cuba resepi baru. Anak-anak pun lebih berselera nak makan. Kadang-kadang tak perlu pun ‘ekstravaganza’ sangat. Cukuplah sekadar dengan sedikit olahan yang simple.

Resepi kali ini dikongsikan oleh salah seorang pembaca kami, PermaisuriHati ArissaDhanny UwaisFared melalui FB. Menurutnya, ia memang begitu digemari oleh anak-anak. Cepat sangat ‘laku’, tambahan pula bila dicicah dengan sos cili dan mayonis. Nak membuatnya pun senang, hanya perlukan sedikit bahan yang biasa ada di rumah.

Jom kita tengok cara membuatnya.

Resepi ‘Potato Emoticon’ Untuk Kudapan Sihat Anak-anak. Comel & Sedap!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang yang besar2
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 sk lada hitam
  • Garam

Cara-cara

Ini pula langkah membuatnya satu-persatu.

1. Rebus Kentang

Pertama sekali, buang kulit dan rebuskan kentang. Kemudian, lecekkan hingga halus.

resepi kentang goreng

Foto Kredit: Simply Recipes

2. Gaulkan Bahan

Seterusnya, gaul semua bahan sehingga menjadi doh. Tak payah bubuh air ya.

3. Bentukkan

Bila dohnya dah sebati, bolehlah tekap dan tekap macam emoticon face yang kita suka. Sebelum tekap, taburkan sedikit tepung untuk elakkan doh daripada melekat.

Saya tak ada pakai acuan pun. Semua emoticon face tu dibuat guna 3 bahan di bawah ni, ukir ikut suka hati.

resepi kentang goreng

4. Goreng

Akhir sekali, panaskan minyak dan terus goreng hingga keemasan.

Beginilah hasilnya… Lagi sedap kalau cicah dengan sos cili dan mayonis.

Siap Dihidang!

Bila dah masak, bolehlah hidangkan dengan sos cili atau mayonis.

Mudah saja, kan? Yang paling best, memang tak ada guna MSG atau sebarang jenis pengawet. Anak-anak mesti suka. Yalah, macam makan kentang goreng. Bentuknya pula comel-comel belaka. Seronok tengok sebab laju saja dah ‘licin’.

Jadi, apa kata anda buat sendiri Potato Emoticon ini di rumah. Bahan dan bentuknya boleh ubah ikut kreativiti masing-masing. Sedap tau, rugi kalau tak cuba.

Nota Tambahan:

Kalau nak buat stok frozen pun boleh, Goreng setengah masak dan toskan minyak sampai kering. Kemudian packing atau masukkan dalam bekas kedap udara. Bila-bila nak makan, terus goreng. Senang!

 

*Resepi Potato Emoticon ini adalah hasil perkongsian PermaisuriHati ArissaDhanny UwaisFared melalui group Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan lanjut, boleh rujuk post asal di SINI.

Yang Popular

To Top