Famili

Resepi Cupcake Untuk Baby 1 Tahun Ke Atas. Tanpa Gula & Pewarna Tiruan Pun Tetap Sedap

320
SHARES

“Kesian baby tengok je kita makan kek, mesti dia pun teringin agaknya tu. Tapi kek ni kan manis, takkan nak bagi baby makan, tak elok.”

Sebenarnya boleh je nak buat kudapan atau kek untuk baby yang tetap sedap tanpa menggunakan gula.

Dengan resepi kek untuk baby oleh Puan Khalida Mahsari dari Happy Baby Food Malaysia (HBFM) ini, bolehlah ibu-ibu buatkan cupcake untuk hari jadi, kudapan atau snek bayi nanti.

Bahannya dah tentulah tanpa gula, tanpa garam dan selamat untuk bayi. Pewarna pink tu pun menggunakan warna asli daripada buah naga segar. Nampak cantik kan?

resepi kek untuk baby

Ini resepi kek untuk baby beserta sukatan selengkapnya.

Resepi Cupcake Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas

Bahan-bahan

Untuk Kek

  • 1/2 buku unsalted butter
  • 1/4 cawan madu
  • 3 biji telur
  • 2-3 sudu besar susu full cream
  • 1 cawan tepung kek

Untuk Frosting

  • 150g cream cheese
  • 250g unsalted butter
  • 3 sudu besar madu yang dididihkan
  • 1-2 sudu besar susu full cream
  • ekstrak buah naga (sebagai pewarna)

Cara-cara

Untuk Kek

1. Putar butter hingga kembang menggunakan mixer.

resepi kek untuk bayi

2. Masukkan madu. Putar lagi hingga sebati.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi.

4. Masukkan tepung kek. Masukkan setengah dulu dan putar guna mixer. Setengah lagi kaup dengan senduk.

5. Sudukan ke dalam cawan cupcake. Bakar dalam oven 180 darjah lebih kurang 25 minit guna api atas bawah ok.

Sementara tunggu masak, kita boleh buat frostingnya pulak.

Untuk Frosting

1. Pukul cream cheese dan butter hingga kembang.

2. Masukkan madu. Putar lagi.

3. Tambahkan susu full cream. Putar lagi hingga sebati.

4. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk buat tona warna pink pekat, pink cair dan putih. Untuk pink pekat masukkan banyak sikit ekstrak buah naga.

5. Dah siap masukkan dalam piping bag dan boleh hiaskan atas cupcake.

Macam nilah hasilnya bila dah siap!

*Untuk step-by-step yang lebih terperinci, boleh rujuk video di bawah ini.

All ingredients in this video. Enjoy ! ^_^#adminHBFM #ummideejah

Posted by Khalida Mahsari Ummi Khadeejah on Tuesday, 3 September 2019

Tanpa Gula Tetap Sedap!

Mudah je kan?

Walaupun tanpa gula dan sebarang pewarna dan perasa tiruan, cupcake ni tetap sedap dan lembut.

Sesuai dibuat untuk bayi masa birthday atau parti kanak-kanak. Selamat dimakan dan bebas gula!

 

*Resepi kek untuk bayi ini dikongsikan oleh Puan Khalida Mahsari menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Jom follow Facebook Group Happy Baby Food Malaysia untuk lebih banyak resepi sihat bagi anak-anak kecil bawah 2 tahun.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×