Sihat

Biar Comot! 6 Sebab Mama Kena Selalu Simpan Stok Buah Naga Untuk Bayi

4.4K
SHARES
khasiat buah naga

“Wah, bukan main suka Ainur makan buah naga ni. Habis licin semangkuk!”

Buah naga, dragon fruit atau pitaya adalah antara buah-buahan eksotik yang begitu digemari rakyat Malaysia.

Dengan kulit yang unik, isinya lembut dan berbutir dengan biji-biji halus yang boleh dimakan. Ada isinya yang berwarna putih, ada juga yang isinya kemerahan atau ungu. Dua-dua pun sedap.

Sebenarnya, ada banyak kelebihan dan khasiat buah naga untuk bayi yang Mama patut tahu tau.

6 Khasiat Buah Naga Untuk Bayi & Kanak-kanak

1. Meningkatkan Imuniti Badan Anak

Buah naga mengandung antioksidan tinggi yang dapat berfungsi menghindarkan kerosakan atau keradangan sel. Salah satu antioksidan ini yang dinamakan fenol, dapat melindungi bayi dari radikal bebas sehingga si kecil tak mudah sakit.

Uniknya, buah ini juga mengandungi beta-carotene dan lycopene yang memberinya warna yang terang. Memang comot bila bagi anak makan, kan?

Walaupun begitu, kajian membuktikan bahawa diet yang kaya dengan carotenoid ini berhasil mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung tau!

Foto Kredit: Mother & Baby UK

 

2. Tinggi Prebiotik

Macam biasa dengar je perkataan prebiotik ni kan? Ya, inilah istilah yang selalu digunakan dalam iklan produk minuman, terutamanya susu kultur. Ia dikatakan sebagai bakteria baik yang bagus untuk kesihatan perut. Namun, kebanyakan produk minuman susu kultur ini mengandungi gula yang tinggi dan kurang sesuai diminum oleh anak-anak.

Kalau nak dapatkan prebiotik secara semulajadi, makan buah naga pun boleh. Ia mengandungi sejenis karbohidrat yang dikenali sebagai oligosaccharide yang berfungsi sebagai prebiotik untuk meningkatkan fungsi pencernaan.

Lagi bagus makan buah naga sebab tak ada gula berlebihan dan tak ada bahan pengawet. Rasanya pun lebih sedap dan segar, tambah pula kalau makan sejuk-sejuk.

3. Mengurangkan Kembung

Bayi dan anak kecil memang biasa mengalami perut kembung.

Jumlah serat yang tinggi pada buah naga juga dapat membantu anak mencerna makanan dengan baik, sekaligus melatih pergerakan usus anak dan mengurangkan kembung.

khasiat pistachio

Foto Kredit: Health Magazine

4. ‘Ubat’ Sembelit

Disebabkan itu juga, buah naga amat sesuai sebagai ‘ubat sembelit’ bagi bayi dan anak kecil. Ramai ibu-ibu yang simpan stok buah ini untuk mudahkan anak membuang secara rutin.

Boleh bagi anak-anak makan dalam bentuk buah, jus atau smoothie. Memang sedap!

5. Menggalakkan Kesihatan Tulang & Rambut

Selain itu, buah naga juga antara buah-buahan yang mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan potassium.

Sumber mineral ini bukan saja baik untuk kesihatan tulang, malah ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Foto Kredit: top10homeremedies.com

6. Kaya Vitamin A & C

Seperti yang kita tahu, kebanyakan buah amat kaya dengan vitamin. Begitu juga dengan buah naga yang memiliki kandungan Vitamin A dan Vitamin C.

Vitamin A bertindak melindungi anak daripada jangkitan manakala vitamin C pula sangat baik untuk kesihatan kulit.

Kita yang dewasa ni pun elok amalkan pengambilannya.

 

 

Isi Yang Lembut & Sesuai Untuk Anak Kecil

Kita di Malaysia beruntung sebab tak susah nak cari buah naga. Selalunya memang ada jual di pasar raya macam Tesco, Aeon, Giant dan sebagainya. Harganya pula sekitar RM4 sebiji, bergantung pada kualiti dan gred.

khasiat buah naga

Foto Kredit: https://timeinsingsing.wordpress.com

Selain manfaatnya yang banyak seperti disebutkan di atas, tekstur buahnya yang lembut menjadikannya pilihan yang sesuai dan selamat untuk diberi kepada bayi seawal usia 6 bulan.

Jadi dah tahu khasiat buah naga, ibu bolehlah simpan stok buah naga di rumah lepas ni!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×