Asuh

Inilah Panduan ‘Portion’ Makanan Yang Betul Untuk Anak Umur 6 Bulan Hingga 3 Tahun

3.6K
SHARES

Apabila si manja sudah mencapai umur 6 bulan, pemberian solid food sudah boleh dijadikan rutin makanan seharian. Pada waktu inilah si ibu akan lebih bereksperimen dengan deria rasa si manja sama ada mereka gemar atau tidak dengan jenis makanan yang diberi.

Rupa-rupanya, ibu bapa disarankan untuk mengikut portion atau sukatan kandungan makanan yang sesuai supaya anak-anak tidak terkejut dengan makanan pejal yang diberi.  Berdasarkan perkongsian dari si ibu ini mengenai portion yang sesuai diberikan oleh si manja, beliau mendapat info tersebut dari klinik kesihatan yang dikunjungi. Mungkin anda pun boleh jadikan ini sebagai panduan dan perlulah merujuk klinik kesihatan anda sendiri untuk maklumat lanjut ya.

PORTION YANG BETUL BERI ANAK KECIL MAKAN

makanan bayi 6 bulan

Pagi tadi sambil tunggu doctor sempat hadir presentation penyediaan makanan bayi mengikut umur oleh pelajar kolej pikom di Klinik Kesihatan Gombak.

Saya dulu silap, saya ingat 6 bulan tu start dengan puree buah dulu kemudian baru bubur nasi. Tapi sebenarnya, kena start dengan bubur nasi kosong dahulu tanpa perisa. Kerana baby belum ada deria rasa, kemudian baru perkenalkan rasa rasa yang lain sperti buah, ikan, ayam, bayam. Masuk 9 bulan kena add minyak dalam menu. Contoh sesudu kecik minyak zaiton kerana mereka perlukan sedikit lemak.

Umur setahun mohon jangan blend makanan lagi kesian anak. Perkenalkan family food seawal setahun. Kat bawah ni details sample food mengikut peringkat umur. Oleh kerana ramai yang telah share dan like posting ini, sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila rujuk buku panduan pemakanan bayi atau pegawai pemakanan klinik masing-masing. Posting ini adalah bertujuan untuk rujukan peribadi.

1. 6 bulan

Untuk minggu pertama hanya perkenalkan bubur nasi sahaja tanpa perisa. Gambar atas bowl kiri bubur putih cair. Bukan puree buah ye. Bubur nasi kosong yang diblend. Cair.

Minggu kedua. Hari pertama kenalkan dengan sayur/protein seperti bayam/sawi/carrot/ayam/ikan. Satu hari satu jenis makanan. Untuk 3/4 hari. Kemudian hari ke 5 cuba mix nasi + sayur+ protein. Minggu ke 3 dan seterusnya. Mix nasi+sayur+protein. Seperti dalam gambar bubur warna hijau tu. Sebagai snek boleh blend halus pisang/betik/ sepertt dalam gambr diatas. Continue sehingga 8 bulan.

Ps: sawi/bayam ambil daun sahaja. Blend.

2. 9 bulan

makanan untuk baby

Makanan yang sama tapi texture dia berbeza. Smash/Lenyek, boleh blend tapi jangan terlalu halus. Biarkan gusi/gigi bayi belajar mengunyah makanan. Sebagai snek boleh diberi buah.

Correction:

Pihak klinik kesihatan Gombak Setia (KKGS) telah menghubungi saya pada hari ni 11/4 mengenai kesilapan minum petang iaitu menu biskut dan air milo. Pihak KKGS menegaskan bahawa mereka tidak menggalakkan menu biskut dan air milo diberi kepada baby dibawah 1 tahun. Serta menegaskan bahawa pihak yg memberi presentation adalah dari pelajar kolej swasta dan bukan kkia.

3. 1-3 tahun

Family food. Portion nasi ialah 4 senduk sehari. Train minum air suam bukan air manis/air sejuk. Ikan kembung sebelah. Betik. Sup sayur. Pelbagaikan family food.

Sumber : Nurmaiza Ab Ghani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×