Didik

Anak Dah Genap 6 Bulan, Guna 3 Teknik Ini Untuk Pastikan Mereka Makan Dengan Betul

952
SHARES

“Eh.. si kecil ni dah 6 bulan, dah boleh start makan ni..”

Kebanyakan ‘new parents’ akan teragak-agak apabila anak mereka sudah bersedia untuk makan solid food. Ini kerana mereka bimbang sekiranya mereka tidak menggunakan skill yang betul semasa proses penyediaan makanan. Jadi, ibu ini kongsi dua teknik pemakanan mudah untuk anak supaya mereka boleh biasakan diri untuk terima ‘makanan baru’ mereka.

PASTIKAN ANAK CUKUP KEPERLUAN MAKANAN

“Anak dah 6 bulan? Saya cadangkan mak mak cuba terus dua teknik pemakanan ini untuk pastikan anak cukup keperluan makan dan dapat kuasai motor skill. Kebanyakan ibu-ibu akan mula makan dengan memberi makanan yang cair dan telah diblend. Ada pulak ibu memulakan anak makan dengan finger food. Saya cadangkan ibu-ibu guna kedua-dua teknik terus.

1.Teknik Puree

Apabila makanan seperti carbohydrate, protein, sayur dan buahan dimasak dan kemudian di blend. Bayi kemudian disuap dengan sudu. Kebaikan teknik ini adalah kita dapat measure berapa banyak makanan yang masuk ke dalam mulut anak. Pada masa yg sama kita dapat pastikan anak mendapat nutrient sepenuhnya. Kelemahan teknik puree ialah kita tak mengajar skill motor dan koordinasi anak dengan baik. Kita jugak tak mengajar anak self feeding di mana dia tentukan sendiri bila patut makan bila patut terhenti. Kebanyakan teknik puree selalu menyebabkan anak overfeeding daripada sepatutnya.

2.Teknik Baby-led weaning

Tanpa langsung diberikan puree, bayi terus dikenalkan dengan finger food yg dipotong besar sikit daripada tangan baby. Baby kemudian menyuap sendiri makanan ke dalam mulut. Bayi belajar skill motor dan koordinasi. Bayi jadi lebih matang dan independent. Bayi belajar tentukan bila patut continue makan, bila patut berhenti. Bayi belajar explore dan kenal tekstur. Namun, kebiasaannya makanan tu lebih banyak jatuh ke bawah daripada masuk ke dalam mulut as baby not yet experienced eater. Kita pun tak dapat mengagak dah cukup ke baby makan. Berapa banyak yang masuk. Risaunya adalah cukup ke nutrisi keperluan kalau baby ni suap sendiri.

3.Teknik gabungan puree dan finger food

Bila digabung kedua-dua teknik ini both ibu (atau ayah) dan bayi mendapat ketenangan dan benefit. Ibu boleh measure anak cukup makan tak, anak pun boleh practise skill feeding, motor dan koordinasi. Sama-sama win! Biasa saya cadangkan suap anak dengan puree pada masa yang sama atau selepas makan beri anak finger food.

Ini adalah panduan jika anda memberi finger food atau memilih untuk baby led weaning :

1. Mulakan apabila bayi benar-benar bersedia dan menunjukkan tanda untuk makan.

2. Gunakan makanan yang lembut pada awal BLW journey seperti buah yang dah masak ranum, telur rebus, sayur yang dah di masak, pasta, ayam yang dah dipotong halus.

3. Pada awal 6 bulan bayi boleh dikenalkan dengan pelbagai sumber makanan daripada karbohidrat, protein dan fiber.

4. Potong makanan supaya mudah dipegang – berbentuk stik panjang, atau bergerigi di tepi menggunakan cutter dan just besar sikit dari tangan bayi.

5. Makan teknik ni memang sepah. So alaskan lantai dengan surat khabar supaya makanan tak jatuh direct atas lantai. Lebih mudah nak kemas.

6. Jangan beri waktu bayi sedang letih atau mengantuk.

7. Pastikan anda ada sepanjang masa bersama bayi sewaktu makan. Jangan fikir nak ke tempat lain sekejap pun. Sekejap diperlukan untuk bayi tercekik dan sukar bernafas.

8. Belajar rawatan kecemasan sekiranya bayi tercekik. Belajar bagaimana nak buat heimlich pada bayi.

9. Jangan teruja kenalkan banyak makanan sekaligus. BLW juga perlu guna 4 days rule. Paling bagus makanan apa yg anda purikan, itulah makanan yg sama anda beri sebagai finger food. Senang nak monitor alahan.

10. Kalau hantar anak ke pengasuh dan pengasuh mempunyai anak jagaan lebih dari seorang, jangan buat BLW dengan pengasuh. Bimbang mereka tak sempat monitor bayi dan tinggal ketika makan.

11. Jangan beri makanan terlalu kecil macam anggur, kismis, popcorn, sayuran mentah yg keras sebab ia ada risiko tercekik. Lembut-lembut aje ya. Anda sebelum ni mencuba teknik yang mana?

*Semoga bermanfaat! 🙂

Sumber: Amalina Mohd Daud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×