Dapur

Resepi Kek Sarang Semut Viral, Elok Kejadiannya!

351
SHARES

Siapa di sini yang merupakan peminat kek sarang semut atau juga dikenali sebagai kek gula hangus? Mesti ramai dalam kalangan kita yang terimbau kembali suasana di kampung kerana kek sebegini selalunya dibuat oleh nenek dan ibu yang berada di kampung halaman bukan?

Jadi, bila dah tak bleh balik kampung sekarang, apa kata anda cuba resepi kek ini sambil-sambil buat kerja di rumah. Memang sedap kalau dimakan untuk menu minum petang nanti!

BAHAN-BAHAN KEK SARANG SEMUT VIRAL

kek sarang semut

-Gula

-Air panas

-Marjerin atau butter

-4 biji telur

-1 cawan susu pekat

-Esen vanilla

-Tepung gandum

-Soda bikarbonat

-Loyang

CARA-CARA

1.Hanguskan 1 cawan gula sampai perang.

2.Gula dah perang, masukkan 1 cawan air panas. Hati hati masa tuang air tu, dia meletup-letup. Tuang sikit-sikit ja tau.

3.Masukkan 2 sudu marjerin/butter.biarkan larut semua. Ketepikan.

4.Dalam bekas yang lain, pecahkan 4 biji telur. 1 cawan susu pekat. Kalau tak nak manis, letak 3/4 cawan ja. Esen vanilla sikit, kacaukan sampai sebati. Saya guna whiskk ja.

5.Masukkan 1 cawan tepung gandum +2 sudu kecil soda bikarbonat.

6.Kacau sampai sebati.

7.Dah sebati adunan tepung tadi, masukkan air gula perang tadi. Kacau lagi bagi sebati macam ni.

8.Tapis adunan, masukkan ke dalam loyang. Loyang ni saya guna size 5 ja. Kukus selama 45 minit. Pastikan air betul-betul mendidih & kukus dengan api yang besar.

9.Ni yang dah siap kukus. Angkat ja, biarkan 2 minit terus keluarkan daripada loyang. So inilah hasilnya.

*Gebu!

Sumber: Syafawatie Yatiey via Masak Apa Hari Ni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×