Dapur

Resepi Ferrero Rocher Homemade, Guna 3 Barang Dah Siap!

100
SHARES
ferrero rocher homemade

RESEPI FERRERO ROCHER

Bila sambutan Hari Raya dah nak dekat, mesti ramai dalam kalangan kita yang sudah mula membuat kuih raya kan? Apa kata kali ini, kita tukar sikit kuih raya tu supaya lebih premium dimana kita buat sendiri coklat Ferrero Rocher secara homemade. Nak beli banyak-banyak memang mahal, bila buat secara homemade barulah puas dimakan banyak kali dan boleh juga dihidangkan kepada tetamu yang hadir ke rumah nanti!

BAHAN-BAHAN FERRERO ROCHER

-Kacang badam

-Coklat masakan

-Paper cup

CARA-CARA

1.Badam cincang dibakar @ disangai utk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek.. kuantiti agak-agak ikut naluri je..

Oh, tempoh bakar tu pun mama ikut sedap tangan nak pulas button oven je. Baca bismillah, insyaAllah tak hangus. Tapi realistik la.. jangan korang set suhu 200 selama sejam pastu tawakal je. Kang takut jadi lada hitam pulak..

2. Cairkan coklat masakan. Mama guna beryls milk coin.. kuantiti agak-agak jugak.. rasa sedap hati kira on la tu. Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure bgtau detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood.

3.Badam yang dah bakar/sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down.. dah tak marah-marah sebab dah sejuk.. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera..

ferrero rocher homemade

**badam tu mesti bagi sejuk dulu sebab takut tak jadi rangup lepas gaul dengan coklat..

4.Pastu masukkan dalam paper cup comel-comel tu. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan macam ceduk aiskrim bekas tu ha.

Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup.. pastu keluarkan boleh la menikmatinya..

LEPAS 5-10 MINIT KELUARKAN DARI PETI, SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA. JANGAN RISAU, COKLAT TU TAKKAN CAIR KALAU DAH KERAS. Melainkan korang letak kat tempat panas la.

Sumber: Intan Najwa Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×