Dapur

Resepi German Cookies Paling Mudah, Sedap & Cair Di Mulut. Guna Sukatan Cawan, 5 Bahan Je!

3.7K
SHARES

Siapa pernah rasa biskut raya German Cookies ni?

Sekali pandang nampak ringkas je. Tapi apa yang istimewa dan uniknya German Cookies ni berbanding biskut raya yang lain adalah pada jenis tepung yang digunakan, iaitu tepung kentang (potato starch).

Cookies ni teksturnya boleh dikatakan ala-ala seangkatan dengan biskut suji atau makmur.

Baca juga : Cuma Guna 2 Bahan, Dah Boleh Buat Biskut Susu Yang Simple & Rangup

Ianya rangup di luar dan cair di mulut… Fuh, memang susah nak berhenti makan bila sekali dah menghadap biskut ni tau.

Cara nak buat pun senang sangat, bahannya pun mudah cari.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba resepi German Cookies sangat simple dan sedap yang dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis ini.

Resepi German Cookies Paling Mudah, Sedap & Cair Di Mulut

Mood rajin hari ni saya buat Germany Cookies untuk anak-anak kudap-kudap.

Biskut ni paling senang, anak suka sangat. Sedap katanya, cair di mulut!

Kos nak buat pun tak sampai RM10 sebab saya pakai butter jenama Econsave je.

Lagipun biskut ni taklah manis sangat, lebih kepada rasa butter. Kenalah dengan citarasa kami anak-beranak.

Bahan-bahan

Bahan asasnya cuma 5 bahan ni saja:

  • 1 buku butter 250g (saya guna jenama Econsave je*)
  • 1 paket tepung kentang 350g
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula aising
  • Esen vanila (1 penutup vanila tu)
  • Garam secubit

*Terpulang kalau nak guna butter yang mahal mungkin lagi sedap dan wangi. Tapi kalau guna Buttercup pun dah ok sangat dah.

Dekat bawah ni gambar tepung kentang.

resepi german cookies

Ini pula cawan yang saya guna untuk sukatan buat biskut ni.

Kalau adunan lembek sangat bolehlah tambah tepung gandum sedikit demi sedikit ya.

Resepi german cookies

Cara-cara

1. Pukul / Putar Butter Dan Gula

Mula-mula putar butter dan gula aising. Saya putar guna mixer.

Kalau tak ada mixer, boleh juga pukul butter dan gula aising dalam mangkuk pengadun menggunakan senduk.

Pukul hingga gebu dan ringan.

2. Masukkan Tepung

Seterusnya ayakkan tepung kentang dan tepung gandum.

Kemudian masukkan ke dalam adunan. Gaulkan hingga mendapat doh yang lembut.

3. Simpan Adunan Dalam Peti Sejuk

Doh ni memang agak lembek ya.

So kita simpan dalam peti sejuk kejap, lebih kurang 20 minit baru bentukkan nanti.

4. Bentukkan

Selepas 20 minit, keluarkan dari peti sejuk dan dohnya akan keras sikit.

Bolehlah kita buat saiz bulat-bulat ikut saiz yang kita suka. Bulat tu jangan besar sangat, bagus sekali bite je.

Tekan sikit guna jari dan ambil garfu untuk buat corak di atasnya tu.

Nak letak chocolate rice, chocolate drizzle, atau sebarang hiasan terpulanglah ya.

Saya bubuh gula warna-warni ni je.

Resepi german cookies

5. Bakar

Akhir sekali, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. (Ikut saiz dan oven masing-masing, kalau besar boleh bakar lama sikit.)

Dulang tak perlu sapu apa-apa sebab tak melekat.

Bila dah bakar nanti biar sejuk baru angkat biskutnya ya.

Resepi german cookies

Siap!

Ok dah siap…

Bila dah sejuk bolehlah simpan dalam balang. Sedia untuk dimakan!

Mudah je kan resepi German Cookies ni?

Walaupun simple, rasanya memang boleh buat kita ketagih.

Kalau buat dekat rumah, sekejap je dah habis…

Baca juga : Cuma Guna 3 Bahan Saja Dah Boleh Buat Cheese Cake Yang Gebu. Ini Resepinya

Sementara ada masa, ni bolehlah kita cuba buat kelainan sikit berbanding biskut yang dah biasa kita buat.

Selamat mencuba!

 

*Resepi German Cookies ini dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×