Dapur

Cara Buat Donut Gebu Gebas Guna 4 Bahan Je

cara buat donut

Donut merupakan antara juadah kuih muih yang menjadi kegemaran ramai terutama anak-anak. Bila dah nak masuk fasa PKP secara full lockdown nanti, pasti ibu semua sedang memikirkan menu harian serta menu minum petang di rumah kan? Jadi, buat anda yang teringin nak makan donut gebu gebas macam di kampung, jom kita cuba resepi ini.

Cara Buat Donut Gebus

Anak-anak request.. donut gebu gebas hanya guna 4 bahan je. Rangup diluar, lembut di dalam.. buat banyak-banyak untuk  difrozen kan..senang bila nak makan tinggal goreng dan letak topping je. Husband kata boleh buat jual.

Bahan A

•Yis Mauripan (1paket)

•Susu Pekat (2sudu)

•Air suam

•Sedikit garam

Bahan B

•Tepung Gandum

•Marjerin

CARA BUAT DONUT

cara buat donut

1. Bancuh yis mauripan dalam air suam. Jangan panas sangat, nanti yis tak naik. Tambah susu pekat 2 sudu besar. Masukkan sedikit garam. Tunggu sehingga yis naik & berbuih.

2. Tepung gandum digaul bersama marjerin. Jangan letak marjerin banyak-banyak.. Agak-agak je..dah gaul, masukkan bahan A, tambah sedikit air sehingga jadi doh..

3. Tunggu sehingga doh naik, lepastu boleh la buat bentuk bulat-bulat atau guna acuan donut. Goreng dan toskan minyak kemudian letakkan topping mengikut citarasa sendiri.. Gula [email protected]/choc rice.

Selamat mencuba.

Sumber: Eti Nur Syafiraa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×