Rakyat

[TERKINI] SOP Sekatan Pergerakan Penuh 1 Jun- 14 Jun

78
SHARES

Terbaharu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan hari ini telah membuat perincian baharu dalam menyenaraikan Standard Operation Procedure (SOP) terkini bagi Perintah Kawalan Pergerakan atau Sekatan Pergerakan Penuh ‘total lockdown’ bermula 1 Jun-14 Jun 2021.

SOP SEKATAN PERGERAKAN PENUH ‘TOTAL LOCKDOWN’ FASA PERTAMA

Keputusan kerajaan mengumumkan lockdown ini diharap dapat membantu melandaikan lekuk peningkatan kes Covid-19. Ternyata, langkah yang diambil ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun demi kesejahteraan rakyat Malaysia, semua diseru untuk memainkan peranan masing-masing untuk melawan wabak ini.

sop pkp

1.Semua aktiviti ekonomi dan sosial dihadkan untuk sementara waktu. Berikut merupakan beberapa ekonomi ‘essential’ yang disenaraikan:

-Makanan dan minuman

-Penjagaan kesihatan dan perubatan

-Perniagaan dan klinik haiwan/ veterinar

-Keselamatan

-Pengurusan sisa pepejal

-Pengangkutan darat, air, udara

2.Semua sektor perkilangan tidak dibenarkan. Hanya dibuka untuk beberapa kategori sahaja dan dihadkan kepada 60% yang bekerja.

3.Sektor pertanian, perikanan dan penternakan dibenarkan.

4.Kompleks membeli-belah ditutup kecuali kedai-kedai yang berkaitan seperti groceries. Pasaraya dan hypermarket dibenarkan kepada bahagian makanan dan keperluan asas sahaja. Kedai runcit, serbaneka, farmasi, dan penjagaan diri dibenarkan.

5. Restoran, gerai, penjaja di tepi jalan dibenarkan untuk bungkus dan penghantaran sahaja.

6. Dobi dibenarkan termasuk layan diri.

7. Kedai cermin mata/ optik dibenarkan.

8. Kedai hardware.

9.E-dagang

10.Pasar harian (6 pagi hingga 2 petang).

11.Tadika dan taska tidak dibenarkan kecuali frontliners, dan ibu bapa yang bekerja.

12. Jogging dan senaman secara persendirian dibenarkan.

13.Hanya 2 orang satu kereta boleh keluar rumah untuk membeli barang keperluan makanan dan ubat-ubatan.

14.Pergerakan tidak melebihi 10KM.

15.Hotel dan penginapan dibenarkan beroperasi hanya bagi tujuan kuarantin.

16.Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama.

17.Semua surat perjalanan bekerja dikeluarkan MITI berkuat kuasa sehingga 31 Mei sahaja. Mulai 1 Jun, surat kebenaran bekerja dan rentas daerah dikeluarkan kementerian berkaitan.

Semua aktiviti perniagaan ini terpakai bermula jam 8 pagi- 8 malam terpakai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut anda boleh baca senarai SOP PKP di laman web MKN.

*Maklumat akan dikemaskini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×