Dapur

Resepi Bebola Daging Bersalut Kulit Popia, Nampak Unik Tapi Sedap!

69
SHARES

Tidak dinafikan sepanjang Ramadhan ini ramai orang yang suka berkongsi resepi. Dari resepi yang senang dibuat sehingga lah yang rumit untuk dibuat, cari sahaja pasti ada. Pastinya semua tidak akan kering idea untuk memasak juadah berbuka sepanjang Ramadhan ini. Manakan tidak, kalau anda google perkataan resepi sahaja pelbagai jenis pilihan juadah yang keluar, hanya atas anda sahaja ingin pilih yang mana.

Perkongsian resepi yang dikongsi oleh Saffiah Sulaiman melalui laman Facebook Geng Suka Masak & Makan Sedap (SUKMA) agak berlainan dari biasa. Nampak pun sangat menyelerakan. Resepi bebola daging bersalut kulit popia ini berjaya menarik selera orang. Senang untuk dimasak, resepi ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai side dish ketika berbuka.

Bebola Daging Bersalut Kulit Popia

Bebola daging bersalut kulit popia. Rupanya sedap sesangat bila dimakan panas2.cicah pula dgn sos black pepper homemade dan sos cili+mayonis. Sekejap jer licin u all.

Bahan-Bahan

– Sebungkus bebola daging

– 3 ulas bawang putih

– Sebiji bawang besar

– 1 sk lada hitam

– Kulit popia

Cara-Cara Memasak

1. Rebus sebungkus bebola daging yang dicampurkan bersama bawang putih dan bawang besar yang diketuk manja. Masukkan juga lada hitam.

2. Tak perlu rebus dengan air yang banyak, cukup sekadar paras bebola.

3. Rebus sehingga mendidih dan tapis.

4. Air rebusan daging jangan dibuang. Untuk digunakan sebagai resipi sos lada hitam.

5. Belah kulit popia bersaiz besar kepada empat.

6. Bancuh sedikit tepung gandum sehingga likat. Untuk digunakan sebagai gam pelekat kulit popia. Kalau tak nak guna bancuhan tepung, boleh sekadar gunakan air.

7. Bila bebola sudah sejuk baru letakkan di kulit popia dan bungkus cantik.

8. Lipat seperti dalam gambar dan lekat menggunakan bancuhan tepung.

9. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas dan barulah masukkan popia. Goreng sehingga kuning keemasan.

10. Sentiasa terbalikkan popia dan tidak perlu lama sebab bebola daging sudah masak.

11. Tos dan tapis

Resepi Sos Lada Hitam

Bahan-bahan

– 2 sb Susu kotak

– 3 sb Air rebusan daging

– 1 sk Lada hitam

– 2 sb tepung jagung (bancuh dengan sedikit sahaja air)

– Garam

– Gula

– Serbuk perasa

– Kicap (untuk warna)

Cara :

1. Satukan semua bahan dan masak atas api kecil. Kacau sentiasa dan sesuaikan rasanya.

Resepi Sos Mayonis Pedas

Bahan-bahan

– 3 sb Sos cili

– 3 sb Mayonis

Cara :

1. Satukan kedua-dua bahan dan kacau.

Selamat Mencuba!

Sumber : Saffiah Sulaiman

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×