Dapur

Resepi Ayam Bawang Mamak Style, Tak Payah Pergi Pulau Pinang Dah!

Kalau ke Pulau Pinang tak sah kalau tak makan nasi kandar. Betul tak? Macam-macam jenis lauk dihidangkan dan paling sedap sekali mestilah ayam bawang. Haa mesti semua orang pernah rasa kan ayam bawang? Aromanya yang wangi dan kuah pekat serta cukup rasa memang puas hati makan panas-panas.

Apa kata jom cuba resepi ayam bawang ni. Confirm puas hati makan di rumah tanpa perlu bersesak. Makan dengan nasi putih boleh dengan nasi minyak pun lagi sedap!

Baca juga: Resepi Sambal Pucuk Ubi Goreng Viral, Juadah Warisan Negeri Sembilan

RESEPI AYAM BAWANG MAMAK STYLE, PADU!

Kalau pergi kedai mamak, ini antara pilihan utama. Harini akak rajin lebih sikit. Kita main masak-masak. Maka terjadilah ayam bawang.

Cara penyediaan:

1. Basuh ayam bersih-bersih.  Gaul dengan garam, kunyit, serbuk kari, lada sulah dan serbuk cili.

ayam bawang

2. Empat atau lima ulas bawang. Dimayang halus. Basuh dan toskan.

3. Panaskan minyak. Gorengkan bawang yang dimayang tadi. Goreng sampai perang. Jangan rentung pula.

4. Guna minyak goreng bawang tadi. Goreng ayam yang telah dicuci bersih tadi.

5. Sediakan pes untuk menumis. Bawang merah 5 ulas, bawang putih 4 ulas dan halia seinci lebih.

6. Satu senduk serbuk jintan manis dan jintan putih. 2 sudu besar serbuk kari. Serbuk cili atau cili giling secukupnya.

7. 3 sekawan dan daun pandan serta daun kari.

8. 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar sos tiram.

9. Ambil minyak goreng ayam tadi dan tumis la 3 sekawan, daun pandan serta daun kari.

10. Kemudian, tumis pes bawang dan hali tadi.

11. Masukan pula serbuk-serbuk tadi, jintan manis dan putih dan cili blend dan bahan sos.

12.Kacau bagi sebati. Dah garing, tambahkan air sedikit. Time ni perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Dah sebati masuk ayam dan gaul sebati

13. Last sekali tabur la bawang yang dah siap goreng tadi.

Tada! Dah siap. Makan dengan nasi panas. Sedap betul!

ayam bawang

Sumber: Facebook Anna Azilla

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×