Dapur

Cara Buat ‘Ayam 65’ Macam Makan Dekat Mamak, Paling Menjadi Bila Letak Bahan Ini

314
SHARES
ayam 65

Setiap kali berkunjung ke restoran mamak atau restoran makanan India, salah satu menu yang tidak ‘lepas’ untuk dipesan adalah Ayam 65. Kenapa dipanggil Ayam 65? Menurut sumber, ayam ini dipanggil 65 kerana ia merupakan antara menu yang popular di India yang diperkenalkan pada tahun 1965.

Ramai yang nak cuba masak menu ini di rumah tapi tak pasti cara yang betul-betul sedap bukan? Jadi berikut merupakan resepi dari Hazwan Ramli untuk anda masak Ayam 65 yang sedap!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Berempah ‘Bersarang’ Wajib Cuba, Memang Tak Cukup Seketul

RESEPI AYAM 65 MACAM DEKAT KEDAI MAMAK!

ayam 65

Bahan-bahan:

-Isi ayam bahagian dada atau thigh (500g)

-2 sudu plain yoghurt

-1 sudu kecil garam

-1 sudu serbuk bawang putih atau 4 ulas bawang putih

-1/2 sudu pes halia

-10 helai daun kari (potong halus)

-2 sudu serbuk cili

-1/2 sudu jintan putih

-1 sudu garam masala

-1/2 cawan tepung beras

-2 sudu tepung jagung

-1 sudu kecil pewarna merah

Cara-caranya :

1. 2 sudu minyak goreng ayam dan goreng ayam sampai masak.

2. Letakkan 3-4 ulas bawang putih.

3. Kemudian masukkan 4 biji cili padi hijau.

4. Seterusnya letak 10-15 helai daun kari.

5. Lepas goreng terus season secubit garam dan 1 sudu kecil pepper dan keringkan minyak.

ayam 65

*Terliur bukan?

Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Supaya Jadi Lembut & Berkilat, Senang Nak Buat Kenduri!

Sumber: Hazwan Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×