Dapur

Resepi Almond Chocolate Versi Air Fryer, Guna 2 Bahan Dah Siap!

2
SHARES
almond chocolate

RESEPI ALMOND CHOCOLATE

Mesti ramai dalam kalangan anda dah bersemangat menyiapkan persiapan untuk Hari Raya bukan? Ini juga termasuk dengan persiapan kuih raya yang bakal dihidangkan buat tetamu nanti. Tetapi, ada juga dalam kalangan kita yang teringin nak buat kuih raya tapi tidak mahu resepi yang rumit.

Oleh itu, ini perkongsian resepi kuih raya macam ‘kayangan’ tapi caranya sangat mudah. Resepi almond chocolate ini hanya menggunakan air fryer dan dua bahan sahaja dah boleh siap! Jom cuba!

Baca juga: ‘Semperit Pulut Dalam Sejarah!’- Gara-Gara Buat Kuih Raya Pukul 4 Pagi, Rupanya Salah Tepung!

RESEPI ALMOND CHOCOLATE VERSI AIR FRYER, GUNA 2 BAHAN DAH SIAP!

Santai-santai petang. Kita boleh buat almond choc versi paling senang. Almond tak disangai, tapi kita masuk dalam air fryer .

1.BAHAN PENTING -Milk compound & badam. Kalau nak campur dengan dark compound pun boleh, rasa akan jadi manis pahit yang sedap.

2. Panaskan air sehingga mendidih. Setelah cukup panas, alihkan air tadi dan double boiled milk compound. Jangan carikan chocolate atas api ya.

3. Kacau manja, proses akan jadi cepat kalau air betul-betul panas.

4. Badam dibakar dalam suhu 160/ 15 minit. Sambil-sambil tu jangan lupa jenguk dan balik-balikkan. Biar sekata bakarnya dan rangup.

5.Bila dua benda ini dah ready, campurkan sekali. Tunggu chocolate tu sejuk sikit dan campur, kacau sehingga sebati.

6.Susun kertas ikut kreativiti masing-masing.

7.Masukkan perlahan-lahan. Dah siap semuanya tunggu sehingga sejuk, tak payah masuk dalam peti ais biarkan sejuk suhu bilik sahaja. Jangan tinggal lama dalam peti, nanti keras macam batu!

resepi almond chocolate

Sumber: Cik Imakasihdani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×