Dapur

Resepi Aiskrim Malaysia Coconut Shake Yang Gebu & Melampau Sedapnya

383
SHARES

“Panas-panas macam ni sedapnya kalau pekena coconut shake…”

Siapa tak suka dengan coconut shake kan? Rasanya yang lemak manis, dimakan pula masa tengah panas. Fuh, memang sejuk tekak dibuatnya.

Satu masalah nak cari coconut shake ni bukannya ada dijual di semua tempat. Kalau kita buat sendiri, ada lebih tu tak dapat nak simpan lama. Jadi bolehlah cuba olahkan aiskrim Malaysia dengan perasa coconut shake yang marvelous hasil perkongsian saudari Norhafiza Othman.

Cara Buat Aiskrim Malaysia Perasa Coconut Shake 

Ok jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya di bawah ini.

Bahan-bahan

  • Air kelapa serta isinya
  • Air kosong
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Gula ikut kesesuaian
  • Secubit garam
  • Ovalette 2 sudu besar
  • Tepung jagung sesenduk (bancuh dan tapis)

*Sukatannya tak perlu risau boleh agak-agak sendiri. Biasanya masa beku nanti jadi tawar sikit.

Cara-cara

1. Asingkan Isi Kelapa

Mula-mula kita asingkan isi kelapa. Kalau boleh isi kelapanya janganlah terlalu muda. Nak elok lagi buangkan yang warna coklat-coklat tu. Tapi kalau malas tak kisah, sedap jugak.

Bila dah siap asingkan isi, basuh bersih dan toskan.

2. Kisar Isi Kelapa

Isi tadi kita blendkan dia. Tak payah terlalu hancur, supaya nanti bila tergigit isi baru rasa…walllaaaaaa!

3. Kisar Bahan Lain

Lepas tu ambil satu bekas lain untuk campurkan air kelapa, air, susu cair, susu pekat, garam, gula. Gaulkan dulu sampai sebati.

Seterusnya kita ambil sedikit campuran air ini untuk diblendkan dengan ovalette. Kisar lama sikit bagi cantik gebu.

4. Masak Atas Api

Kemudian dah bolehlah masak kejap atas api. Pastikan periuk yang digunakan bebas bau bawang atau cili ya. Nanti dibuatnya aiskrim bercampur rasa gulai semua tak sedaplah kan?

Ok sambil masak tu boleh ambil tepung jagung dan bancuh dengan air. Tapiskan dan masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Pastikan kacau selalu, kalau tidak hangit bahagian bawah jadi macam dalam gambar ni. Tapi tak apalah, sedap punya pasal sayang nak buang.

5. Sejukkan & Isi Dalam Plastik

Sejukkan sekejap dan bolehlah diisikan ikut kerajinan anda.

Kalau nak lagi gebu, sejukkan dulu dalam peti kemudian keluarkan. Guna pula mixer dan putar sampai lagi gebu.

Siap!

Beginilah hasilnya. Memang sedap, asyik nak buka peti ais je jawabnya bila buat aiskrim Malaysia versi coconut shake ni.

Bukan kata musim panas, musim hujan pun laku! Tak percaya, kena cubalah. Senang dan ringkas sangat. Jimat pulak tu berbanding kalau kita beli coconut shake di luar. Boleh makan sampai puas. Memang melampau sedapnya!

Semoga bermanfaat buat semua.

 

*Resepi aiskrim Malaysia coconut shake ini dikongsikan oleh saudari Norhafiza Othman menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×