Bila sebut pasal shopping raya ni, mesti ramai yang dah tak sabar nak buat persiapan. Bukan apa, kalau dah ada baju, tudung, mestilah kena ada beg dan kasut juga. Barulah lengkap kan!
Kasut dan beg ni kira macam memberi sentuhan terakhir lah pada penampilan kita. Jadi, kalau korang masih takde idea dekat mana nak dapatkan barangan raya yang cantik-cantik dan selesa, boleh lah shopping dekat Bata.
Dengar cerita ada banyak diskaun yang Bata kasi sempena Raya ni!
Gaya terkini & trendy sesuai untuk semua lapisan umur
Siapa yang pernah pakai jenama Bata dari dulu, mesti dah tahu tahap keselesaannya macam mana kan? Min pakai kasut dan beg jenama bata ni dari kecik tau, tak kiralah nak berjalan ke nak sekolah ke sampai lah ke kasut raya memang onz betul!
Produk mereka juga tersedia lebih dari 300 design dan sangat lah trendy. Untuk lelaki, wanita atau kanak-kanak semuanya ada!
Bukan tu je, ada baucar sehingga RM50 serta perkhidmatan penghantaran secara percuma!
Wahhh! Macam mana nak dapatkan diskaun tu? Senang je guys! Anda hanya perlu berbelanja sebanyak:
- Perbelanjaan minimum RM199 – akan mendapat baucar bernilai RM50 untuk pembelian seterusnya.
- Perbelanjaan minimum RM149 – akan mendapat bernilai RM25 untuk pembelian seterusnya.
- GWP (sementara stok masih ada) “Sampul Raya ” untuk setiap perbelanjaan minimum RM199 dalam satu resit.
Fuhhh, banyak tu. Paling menarik, siap ada penghantaran PERCUMA lagi tau untuk yang berbelanja minimum RM50 secara dalam talian. Siapa yang shopping raya dekat sini memang berbaloi gila…
Jom dapatkan pelbagai pilihan kasut trendy untuk raya yang lebih ceria!
Ha…tunggu apa lagi tu? Jangan lepaskan peluang eksklusif ini untuk membeli barangan Raya di Bata dan nikmati diskaun istimewa sah sehingga 14 April 2024. Barulah lengkap penampilan kita Raya ni..
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Bata. Selamat membeli!