Dapur

‘Rahsia’ Pengikat Perut Suami, Jom Cuba Buat Resipi Sambal Ini. Mesti Bertambah Selera Suami!

6.2K
reads

Salah satu pengikat kepada rumahtangga yang bahagia adalah melalui makanan. Orang kata, melalui air tangan si isteri itulah yang akan menguatkan lagi kasih sayang keluarga. Jadi, hari ini kami kongsikan salah satu resipi yang  ‘confirm’ akan memikat selera suami. Jom cuba!

RESEPI SAMBAL TOTOK

www.facebook.com/ViralMediaJohor

Bahan-Bahannya

1. Bawang merah 5 ulas,
2. Bawang putih 3 ulas,
3. Bawang besar 1 biji (potong kasar)
4. Cili padi 10 biji
5. Belacan (sebesar ibu jari tangan)
6. Ikan bilis (segenggam)
7. Gula (satu sudu makan/ kurangkan kalau tak suka manis)

Cara-cara memasaknya

http://resepicikguani.blogspot.my/

-Mula-mula panaskan minyak, goreng kesemua bawang dan cili padi, biar sampai agak kekuningan, kemudian angkat dan toskan.

-Kemudian goreng pula belacan sehingga agak garing (jangan sampai hancur). Angkat dan toskan.

-Dan goreng juga ikan bilis sehingga jadi garing, angkat dan toskan juga.

-Tumbuk bawang, cili padi dan belacan sehingga jadi lumat. Kemudian masukkan gula dan tumbuk juga hingga lumat.

-Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuknya biar sampai ikan bilis itu hancur.

Masakan ini sesuai dimakan dengan nasi yang suam-suam panas. Makan makanan yang panas sangat hukumnya makruh, jadi makan dengan nasi yang suam-suam.

*Selamat mencuba!

giphy.com

Sumber: Viral Media Johor

Yang Popular

To Top