Famili

Putera Cilik Kelantan Kacukan Sweden Jadi Perhatian, Kecomelan Tengku Muhammad Johan Petra Dipuji!

4
SHARES
kerabat diraja kelantan

Dr Tengku Muhammad Faiz Petra merupakan adinda Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Che Puan Sofie iaitu kerabat diraja Kelantan sangat dikenali dan disanjungi ramai kerana sangat mesra dengan rakyat. Pasangan diraja ini telah melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019 selepas bertunang pada 14 Februari 2018.

Terbaharu, keluarga diraja ini mendapat perhatian ramai apabila orang dapat melihat kelibat putera cilik mereka yang diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra. Comelnya!

Baca juga: 10 Kerabat Diraja Yang Kahwin Dengan Rakyat Biasa, Demi Cinta Lautan Api Sanggup Diredahi!

KERABAT DIRAJA KELANTAN DAPAT PERHATIAN, PUTERA CILIK KACUKAN SWEDEN JADI TUMPUAN!

kerabat diraja kelantan

Foto: IG @ljo_

Putera cilik bernama Tengku Muhammad Johan Petra yang berdarah kacukan Sweden itu diputerakan pada 17 Julai 2023 bersamaan 28 Zulhijjah 1444H di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. Menjadi perbualan ramai adalah semasa keberangkatan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dan anakandanya di khalayak ramai semasa perlawanan bola keranjang Liga Alumni SBP 2024.

Malah, wajah terkini Tengku Muhammad Johan Petra dikongsikan Che Puan Sofie Louis dalam Instagramnya.

“Bersyukur kerana berpeluang menghadiri perlawanan akhir bola keranjang yang menarik ini. Kategori Wanita Terbuka Liga Alumni SBP 2024. Tahniah kepada juara,” tulisnya pada kapsyen.

Menerusi perkongsian Sofie Louise itu di Instagram, rata-rata memuji kecomelan Tengku Johan yang berambut perang dan dilihat sudah boleh berjalan. Ramai yang merasakan bahawa putera cilik ini baru dilahirkan, rupanya sudah boleh berjalan!

“Terasa macam baru jer lahir, rupanya sudah berjalan. Comel sangat.”

“Cantiknya rambut Tengku Johan.”

“Subhanallah, comelnya.”

“So cute Tengku Johan dan bonda.”

kerabat diraja kelantan

Foto: IG @ljo_

*Nampaknya, nanti bila Tengku Johan dah dewasa boleh dimasukkan dalam kategori ‘Prince Charming’ dan menjadi idaman ramai!

Baca juga: Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar

Sumber: Sofie Louise Johansson Petra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×