Kerjaya

Bukan Setakat Terlalu ‘Demand’, Tapi Ini 9 Punca Lain Graduan Susah Dapat Kerja!

40
SHARES
susah dapat kerja

Jika dilihat pada hari ini, masih ramai graduan yang belum mempunyai pekerjaan walaupun sudah lama tamat belajar. Tidak dinafikan, memang sukar mencari pekerjaan pada zaman ekonomi naik turun ini. Namun, sebenarnya ada punca lain graduan susah dapat kerja selain disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Ramai beranggapan kebanyakan yang mempunyai pekerjaan mempunyai ‘cable’ dalam sedangkan ada yang bersusah payah menghadiri sesi temuduga sehingga berjaya mendapat tempat pekerjaan dengan usaha sendiri. Jadi apa sebab graduan susah dapat kerja? Ikuti perkongsian penulis mengenai punca graduan susah dapat kerja, mungkin anda tergolong salah seorang darinya!

Baca juga: Cara ‘Proper’ Mohon Kerja Guna Email, Mesti Dapat!

10 PUNCA SUSAH DAPAT KERJA, GRADUAN PERLU TAHU!

1. PERMINTAAN GAJI YANG TERLALU TINGGI

Ramai graduan memohon gaji yang terlalu tinggi atau sesuai dengan akademik menyebabkan susah untuk mereka dapat kerja. Ini kerana ada syarikat yang menawarkan gaji tidak setimpal dengan kelayakan akademik para graduan.

Graduan atau ‘fresh graduate’ sebaiknya tidak terlalu ‘demand’ berkaitan nilai gaji kerana mereka masih kurang pengalaman bekerja.

Sementara itu, individu yang berpengalaman pula wajar meminta gaji tinggi kerana mereka adalah golongan yang diutamakan oleh syarikat. Terbukti bahawa pengalaman berharga untuk anda memohan bekerja.

2. RESUME YANG TIDAK UP-TO-DATE

susah dapat kerja

Anda perlu sentiasa menambah baik resume supaya ia tampil menarik di mata majikan untuk mengambil anda bekerja. Anda boleh gunakan aplikasi Canva supaya template resume kelihatan teratur dan kemas sekaligus berjaya menawan majikan.

3. TIDAK PROAKTIF SEMASA CARI KERJA 

Jika anda betul-betul inginkan pekerjaan, perlu melakukkannya bersungguh-sungguh. Boleh juga mula dengan langkah pertama dengan menyenaraikan nama syarikat yang mempunyai iklan jawatan kekosongan. Pastikan syarikat yang anda ingin bekerja sesuai dengan bidang.

Selain itu, boleh juga fokus dengan syarikat yang tidak menetapkan syarat minimum seperti “Yang berpengalaman..” kerana ia akan menjadi cabaran buat ‘fresh graduate’.

4. FAKTOR PEMILIHAN JAWATAN YANG TIDAK SESUAI

Sebelum memohon sebarang pekerjaan, penting untuk pastikan diri betul-betul yakin bahawa jawatan yang dipohon sesuai dengan kemampuan, kelayakan dan minat anda. Faktor pemilihan pekerjaan yang tidak sesuai akan membuatkan anda susah dapat kerja. Sekalipun ada, pasti sulit untuk bertahan lama.

Disebabkan itulah, ramai yang kita lihat golongan baru dapat kerja tak sampai seminggu sudah berhenti. Maka, carilah pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan fizikal dan mental serta kelayakan akademik juga minat anda.

5. TERLALU BERGANTUNG PADA INTERNET

Jangan terlalu bergantung pada internet saat anda telah memohon kerja secara atas talian atau ‘online’. Jangan pula anda mengamuk jika tiada respon dari syarikat yang dipohon. Apabila perkara ini terjadi, cuba jalan lain dengan mengembangkan ‘networking’ untuk dapat kerja.

Anda  boleh bertanya kepada keluarga tentang sesiapa mereka kenal yang boleh menawarkan pekerjaan tetap. Mana tahu ada rezeki anda!

6. TAK PROFESSIONAL KETIKA MEMOHON KERJA

Apa-apa yang melibatkan soal kerja, anda perlu menjadi lebih professional. Salah satu caranya adalah alamat email diguna untuk memohon kerja perlulah menggunakan nama sendiri dan bukan yang pelik pelik.

7. TIADA PERSEDIAAN LENGKAP UNTUK TEMUDUGA

Perasan tak ramai graduan yang ambil mudah mengenai temuduga seperti datang lambat dan tak sediakan dokumen yang lengkap? Jangan disebabkan ini, anda gagal temuduga bukan kerana tidak layak tapi perangai sambilewa.

Datang awal waktu dan paling penting ‘check’ dokumen pastikan semuanya cukup dan lengkap. Kekemasan diri juga penting kerana anda perlu tinggalkan tanggapan pertama yang baik buat bakal majikan!

8. ABAI CARA ‘DI HUJUNG JARI’

susah dapat kerja

Pada zaman teknologi canggih ini, gunakanlah ia sebaik mungkin kerana hanya dengan hujung jari, anda akan dapat mencari kerja dengan lebih senang. Guna platform terkenal seperti LinkedIn untuk memudahkan pencarian kerja anda.

Di dalam aplikasi tersebut, graduan boleh simpan informasi mengenai pengalaman kerja dan bidang pembelajaran mereka supaya syarikat boleh tengok dan baca.

Paling penting cuba untuk ‘follow up’ kembali bersama syarikat yang anda telah memohon kerja kerana mereka mungkin terlepas pandang, tak adalah hanya tunggu tanpa sebarang jawapan kan?

9. KEMAHIRAN KOMUNIKASI LISAN DAN BERTULIS YANG LEMAH

Menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), mereka mengaku golongan ijazah bukan lagi lesen besar untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan. Ini kerana pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin berkata terdapat faktor lain terutamanya aspek fleksibiliti dan keupayaan komunikasi yang baik juga diberi perhatian penting.

Hal ini kerana mereka mendapati ada kalangan graduan menghadapi masalah komunikasi yang ketara sama ada secara lisan ataupun bertulis. Mereka melihat sesetengah graduan sekarang pandai, namun tidak mempunyai pakej teknikal seperti kemahiran komunikasi dan keupayaan berfikir di luar kotak. Jadi apabila dicampak ke dunia pekerjaan, mereka tidak tahu bekerja seperti mana yang dipelajari dalam buku.

10. SELALU TINGGAL SOLAT, REZEKI SUSAH NAK DEKAT

susah dapat kerja

Berapa ramai anak muda sekarang yang solatnya cukup 5 waktu sehari? Jika yakin  rezeki di tangan Allah SWT, manakan sanggup mereka meninggalkan perkara wajib ini?

Setiap orang bekerja untuk memperoleh rezeki dan ianya datang dari Allah SWT. Rezeki itu Allah punya kerana Dia pemberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang disukaiNya.

Namun, jika jarang menuntut kewajipan solat, adakah anda rasa layak untuk meminta rezeki pada Allah?

Konklusinya, memang mencari pekerjaan bukanlah perkara mudah, tapi cuba lihat kembali 10 punca ini, mungkin diri sendiri penyebab susah dapat kerja. Cuba memperbaiki diri anda dan tawakal kepada Allah selepas memohon sebarang pekerjaan. Jika ada tertulis rezeki anda, pasti satu hari nanti akan dapat juga pekerjaan yang diidamkan. Semoga Berjaya!

Sumber: Inspirasikami 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×