Rakyat

Cara ‘Proper’ Mohon Kerja Guna Email, Mesti Dapat!

62
SHARES
cara mohon kerja

Nampak mudah tapi sebenarnya memohon kerja adalah perkara yang paling sukar untuk dihadapi. Ada juga jenis kerja yang memerlukan anda untuk memohon menerusi email dan kebanyakkan orang tidak mendapat sebarang jawapan sampai berbulan. Hal ini kerana, ada beberapa kesalahan yang anda lakukan semasa memohon pekerjaan tersebut melalui email tersebut. Macam mana cara mohon kerja dengan betul?

Berikut merupakan perkongsian mudah di laman Twitter ini tentang cara ‘proper’ dan betul untuk mohon kerja menggunakan email. Barulah dapat jawapan balas dari pihak majikan!

Baca juga: Cara Buat Digital Stamp Guna Microsoft Word, Senang!

CARA PROPER MOHON KERJA GUNA EMAIL

Kalau nak apply kerja, jangan macam ni ye adik semua. Macam mana nak dapat kerja kalau email macam ni Meh sini aku ajar cara proper mohon kerja guna email.

cara mohon kerja

Ni okay la jugak nak menulis. Tapi kenapa tulis dekat subject email dik. Tulis dekat bawah je. Subject tu pendek je.

Cara simple mintak kerja 8 saat. 8 tahun belum tentu dapat kerja kalau apply macam ni. Aku perasan, ramai suka hantar kosong macamni. Atleast buat la mukadimah, pengenalan sikit.

CARA MOHON KERJA DENGAN BETUL

Okay la. Nak hantar email apa patut ada?

1) Paling penting. EMAIL PROFESSIONAL

Benda ni dah berzaman orang cakap. Masih ad lagi email yang bunnyz91@gmail dragone@gmail gitu. Please. Email melambangkan kematangan korang.

2) Subject header

Ni yang macam adik tadi. Subject je dah karangan. Dekat subject korang tulis simple je. Biasa orang tulis tujuan atau jawatan yang korang nak mohon.

3) Mukadimah dalam email

Jangan la korang attach resume pastu done, sent. Adoi jangan la weh. Tulis sikit pengenalan diri, pengalaman, apa kelebihan korang, contact. Baru la sedap nak baca!

4) Recommendation letter

Ni kalau ada. Auto selangkah dipanggil interview. Sebab apa? Korang ada surat dari bekas majikan menyatakan korang nk bagus. Sapa taknak?!

Berdasarkan ayat adik ni. Okay. Lengkap. Tapi nak tahu macam mana nak bagi lagi outstanding?

1) Contoh – dekat title boleh tulis macam “Your Next Software Engineer”, atau “Your Next Marketing Executive”.

2)Dalam email boleh letak ayat yang memberikan keyakinan sikit. Contoh – “I believe with my skills and knowledge, I will be a great asset to the company if given a chance.” Haaa baru la sedap HR baca. Sekadar pendapat.

So itu lah dia apa yang perlu ada dalam email permohonan kerja. Ingat, jangan asal boleh. Nak kerja, kene usaha!

Sumber: Twitter @jeffrazi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×