DIY & Kraf

Cara Buat Digital Stamp Guna Microsoft Word, Senang!

4.8K
SHARES
digital stamp free

Setiap kali mengisi borang rasmi atau apa-apa jenis urusan rasmi secara online, pasti akan diminta tandatangan ataupun cop yang membukti bahawa apa yang anda isi adalah tulen. Tapi, susah juga bila nak buat cop rasmi secara digital dan selalunya cop digunakan di pejabat sahaja. Oleh itu, bagi anda yang selalu berurusan secara rasmi dan memerlukan cop secara digital untuk borang, ini cara untuk anda buat digital stamp guna Microsoft Word sahaja, senang!

Baca juga: Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online, Kad Dihantar Ke Rumah!

CARA BUAT DIGITAL STAMP FREE DENGAN MUDAH GUNA MICROSOFT WORD

Memandangkan ada kawan yang bertanya macam mana nak buat, meh la saya kongsikan apa yang saya tahu. Harap bermanfaat buat kalian.

STEP 1

digital stamp free

Type your ‘Design’ in Ms Word. Boleh pilih font, kaler & etc. Ikut sesedap rasa. Kalau pakai untuk formal. Kena la buat yang standard ok. Lepas tu, save. Then, save as juga dalam format PDF. Cth : COP NAMA.pdf

STEP 2

Buka Adobe Acrobat Reader. Buka juga pdf file or borang yang nak dicop or any file pun boleh. Cari menu Comment

STEP 3

Di toolbar. Ada icon bentuk stamp tu kan. Haa.. Click. Then select Custom Stamps -> Create

STEP 4

Browse fail yang korang save tadi. Macam contoh di atas, COP NAMA. pdf -> Open -> OK

STEP 5

Drop down Category. Pilih kategori mana korang nak letak cop tu nanti. Name : COP NAMA (nama apa-apa pun boleh.) Pilihan kategori ada 3. Ikut la mana yang berkenan di hati . Saya pilih Sign Here, lepas tu klik OK.

STEP 6

Dah siap! Ini step macam mana nak guna cop digital korang tu. Click icon stamp tu. Then select Sign Here -> COP NAMA. Last boleh tengok video. Enjoy!

Selamat mencuba!

Sumber: Intanhajilah Ariff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×