Famili

Jangan Pandang Remeh, “Burnout” Dengan Kerja Boleh Undang Kemurungan!

244
SHARES

Mudah marah? Itu mungkin petanda anda mengalami burnout. Burnout adalah istilah yang merujuk kepada satu keadaan emosi, mental dan fizikal yang mengalami kepenatan akibat stress berpanjangan dan berulang.

BEKERJA DARI RUMAH PUNCANYA 

Bekerja dari rumah sudah menjadi kebiasaan sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Bekerja dengan norma baharu ini memerlukan pembahagian masa antara waktu kerja dan waktu keluarga di rumah. Sudah semestinya ia memberi kesan mereka yang perlu memenuhi tuntutan pekerjaan dan juga pada masa yang sama menguruskan rumah.

Tambahan pula, sekolah ditutup dan mode PdPR digunakan untuk mendidik anak-anak di rumah. Beban kerja yang bertambah ini mengundang burnout berlaku kepada mereka yang bekerja dari rumah.

Antara faktor lain yang menyumbang kepada burnout ialah :

  • Kerja di luar bidang dan kepakaran, iaitu apabila seseorang itu berasa tertekan dengan mutu kerjanya dan rendah diri dengan kemampuan dirinya.
  • Personaliti diri, bagi individu yang mementingkan kesempurnaan dan mempunyai target serta pencapaian kerja yang tinggi.

APAKAH TANDA ANDA MENGALAMI BURNOUT? 

Fizikal

  • keletihan tubuh dan sukar tidur
  • daya tubuh badan merosot
  • mengalami sakit tubuh badan yang tidak spesifik

Emosi

  • mengalami perasaan gagal dan hilang motivasi
  • sukar mengawal perasaan, mudah menangis dan kerap mengeluh
  • meragui kemampuan diri

Tingkah laku

  • penurunan prestasi kerja
  • mengalami masalah interpersonal dan konflik dengan rakan sekerja
  • mengabai penjagaan diri
  • mengasingkan diri

BOLEH MENCETUS DEPRESI

Burnout boleh dikategorikan sebagai gangguan mental. Jika ia tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menjadi penyakit mental dan menjurus kepada depresi dan psikosis.

 

Jalani saringan dan pemeriksaan mental jika keadaan bertambah teruk. Perkhidmatan psikiatri ditawarkan di klinik kerajaan melalui Klinik Kesihatan dan Klinik Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI).

ATASI BURNOUT DENGAN LANGKAH INI

Jika gejala burnout ini dibiarkan berterusan, maka individu tersebut mempunyai risiko untuk mendapat kemurungan. Burnout boleh diatasi dengan melakukan aktiviti seperti ini :

  • cuti, cuti, cuti dan rehatkan diri.
  • buat aktiviti relaksasi dan rekreasi seperti yoga, meditasi, jogging, berlari atau dengar muzik.
  • cari hobi yang digemari atau cuba benda baru.
  • amalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang cukup
  • minta pertolongan dan pendapat orang

Isu kesihatan mental jangan dipandang remeh. Walaupun mengalami simptom burnout, ramai yang tidak bersedia untuk mengakui kerana bimbang dilabel lemah dan tidak mampu menyelesaikan tugas.

Sayangi diri dan jaga diri. Jadilah individu yang asertif, tahu untuk kata tidak “no to say no”!.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×