Nur

Puasa Arafah 2024 Di Malaysia Jatuh Pada Hari Ahad Ini (16 Jun)

7
SHARES
PUASA ARAFAH

Puasa Arafah 2024 bagi umat Islam di Malaysia dilaporkan jatuh pada hari Ahad ini (16 Jun) bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah, melalui kaedah rukyah dan hisab yang diputuskan Jabatan Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut laporan BH Online, Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim menjelaskan bahawa penentuan tarikh 9 Zulhijjah berbeza mengikut matla’ (permulaan terbit anak bulan) di negara masing-masing.

Baca juga: Doa Ketika Masuk Dan Keluar Kota Mekah, InsyaAllah Diberkati Allah

PUASA ARAFAH 2024 HARI AHAD INI DI MALAYSIA

PUASA ARAFAH

“Bagi Malaysia, kita menetapkan (9 Zulhijjah) berdasarkan kaedah rukyah dan hisab. Ini bermakna puasa sunat Arafah pada Ahad ini. Aidiladha yang diputuskan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 17 Jun 2024 (Isnin),” jelasnya.

Tambahnya lagi, umat Islam yang tidak berpeluang mengerjakan haji digalakkan berpuasa pada Hari Arafah kerana banyak kelebihan dikurniakan oleh Allah SWT.

“Umat Islam yang tidak mengerjakan haji digalakkan berpuasa pada Hari Arafah kerana banyak kelebihannya,” katanya.

Beliau juga mengalakkan umat Islam sentiasa memperbanyakkan ibadat dan doa pada 9 Zulhijjah ini kerana ia merupakan Hari Wukuf di Arafah, Mekah.

“Kita memang sentiasa digalakkan berdoa pada bila-bila masa. Namun, berdoa pada waktu makbul doa adalah satu kelebihan,” tambahnya.

Beliau juga menyeru agar rakyat Malaysia tidak keliru dan berdoa pada waktu mustajab hari Arafah berdasarkan (ketetapan) di Malaysia.

Seperti mana kita tahu, antara keistimewaan Hari Arafah adalah hari mustajab doa, menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas, selain hari keampunan serta pelepasan dari api neraka.

NIAT PUASA HARI ARAFAH

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

Nawaitu Shauma Arafata Sunnatan Lillahi Ta’ala

Maksudnya: “Saya berniat puasa sunat ‘Arafah kerana Allah Taala.”

Baca juga: Hukum Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap Sebab Tak Bagi Nafkah

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×