Deko & Hias

Senarai Pokok Beracun & Tidak Beracun Untuk Haiwan Peliharaan Yang Tuan Kena Tahu

18
SHARES
pokok yang beracun

Mempunyai hiasan tumbuhan hidup di dalam rumah merupakan kelengkapan yang sangat menenangkan. Mungkin difikirkan boleh menambah bekalan oksigen kepada penghuni, namun ramai yang terlepas pandang bahawa ada jenis pokok yang beracun dan tidak beracun sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan.

Ini sangat berbahaya buat ‘majikan’ di dalam rumah kerana mereka mungkin akan menggigit atau menghidu tumbuhan berkenaan. Jadi, berikut merupakan senarai pokok yang boleh dan tidak boleh diletakkan dalam rumah.

Baca juga: DIY Litter Box Najis Kucing Dengan Bajet Hanya RM10, Rumah Tak Bau Busuk!

SENARAI POKOK YANG BERACUN & TIDAK BERACUN UNTUK HAIWAN PELIHARAAN

pokok yang beracun

Foto: Purina.co.uk

Tumbuhan Tidak Toksik Mesra Haiwan Peliharaan

Tumbuhan mesra haiwan kesayangan ialah pokok yang tidak toksik atau tumbuhan dalaman yang boleh anda simpan dengan selamat di rumah walaupun anda mempunyai haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.

Tumbuhan jenis ini selamat kepada haiwan dan tidak akan membahayakannya dalam apa cara sekalipun, walaupun haiwan peliharaan anda kebetulan menggigit daun, bunga dan lain-lain. Tumbuhan ini tidak mengandungi sebarang sebatian berbahaya dalam daun, batang atau bunganya, yang boleh menjadi toksik kepada haiwan apabila tertelan.

1.Pokok berbunga dan tak berbunga:

-Alyssum
-Daisy Biru
-Gerber Daisy
-Mawar
-Camelia
-Marigold
-Bunga matahari
-Christmas cactus
-Jasmine/Bunga melur
-Lily labah-labah
-Sword Fern/ Paku larat
-Polkadot

Tumbuhan Yang Toksik & Beracun untuk Haiwan Peliharaan

Tumbuhan seperti senarai di bawah boleh mengandungi bahan toksik yang boleh memudaratkan haiwan jika termakan. Bahan berbahaya itu boleh menjejaskan badan haiwan peliharaan dalam pelbagai cara, bergantung pada jenis toksin tumbuhan yang digunakan.

Toksin tumbuhan tertentu boleh menjejaskan buah pinggang haiwan, sesetengah toksin tumbuhan boleh menjejaskan jantung haiwan kesayangan dan beberapa toksin lain boleh menyebabkan sakit perut, loya, muntah dan cirit-birit kepada haiwan kesayangan.

2.Pokok berbunga dan tak berbunga:

-Aloevera
-Bird of Paradise
-Calla Lily
-Carnation
-Lidah jin
-Pokok bunga raya
-Hydrangea
-Gardenia
-Pokok bunga kertas/Bougainvilla
-Krisantemum
-Tiger lily

pokok yang beracun

Foto: Real Homes

*Jadi, buat ‘bibik’ kepada majikan berbulu di rumah, elakkan yang mana berbahaya dan tukar dengan tumbuhan yang lebih selamat ya!

Baca juga: 8 Jenis Baka Kucing Termahal Dunia, Harga Hampir Sama Nilai Beli Sebuah Rumah

Sumber: TheLittleShine

Foto: Dailypaws

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×