Setiap kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti ada sahaja hobi atau idea baharu yang diwujudkan oleh orang ramai untuk mengisi masa lapang. Antara yang viral dan menjadi pilihan ialah pokok keladi. Pokok keladi dijual dengan harga mencecah ribuan ringgit kerana menjadi buruan ramai.
Jadi, bagi anda yang baru berjinak dalam dunia tanaman, jom kenali jenis-jenis bunga keladi. Barulah senang lepas ni kalau nak tanam. Ilmu dah ada..
Baca juga: Mudah Je Tanam Pokok Bendi, Tak Payah Jaga Lama Tapi Hasil Berbaloi!
LELAKI INI KONGSI INFO JENIS POKOK KELADI VIRAL
Jom tambah ilmu kenali adik beradik keladi:
1. KELADI KAMPUNG
Mudah Jaga, Cepat Besar, Mudah Rimbun, Corak Daunnya Kurang kecantikan sedikit daripada Keladi Bandar, senang beranak.
2. KELADI BANDAR (HYBRID)
Sukar Jaga, Lambat Membesar, Sukar Rimbun, Corak Daunnya Sangat Cantik, Pengcahayaan 70%, Penyiraman cukup sekadar melembabkan tanah, susah beranak.
3. ALOCASIA
Agak sukar jaga, Cepat Membesar (bergantung size pasu).corak daunnya mempunyai urat yang tegas dan tegang, lebih kearah menegak daripada merimbun, selagi akarnya x penuh pasu selagi tu lah dia x mau berenak. Penyiraman sekadar melembabkan tanah.
4. COLOCASIA
Paling senang jaga, nak air banyak, sesetengah nak panas terik dan sesetengah nak panas 50% sahaja, senang beranak, daunnya besar2 kalau akarnya sudah menjalar dimerata tempat.
5. MONSTERA
Indoor Plant, 100% Teduh namun ada matahari juga, daunnya kehijauan selalunya, daunnya suka terkoyak dengan semula jadi, jenih menjalar. Penyiraman sekadar melembabkan tanah.
6. BEGONIA KAMPUNG
Senang dijaga, suka tempat teduh, daunnya tak sebesar macam keladi-keladi lain, penyiramannya 2 kali sehari pagi dan petang, corak daunnya kurang cantik jika berbanding dengan begonia bandar. Boleh dibiakkan melalui daun yang matang.
7. BEGONIA BANDAR
Sukar jaga, terlebih air automatik K.O, daunnya sangat cantik, daunnya tidak sebesar pokok keladi yang lain, boleh biakkan melalui daun yang matang.
8. SYGONIUM KAMPUNG
Di kampung merata tempat ada, daunnya kurang cantik berbanding dengan sygonium bandar, jenis menjalar, penyiramannya 2 kali sehari pagi dan petang, cara pembiakkannya potong batangnya yang mempunyai akar dan tanam pasu atau direct tanah.
9. SYGONIUM BANDAR
Agak suka ditemui, harga meletup, jenis menjalar, cara pembiakan potong bahagian batang yang mempunyai akar dan tanam di pasu atau direct tanah.
10. ANTHURIUM/KUPING GAJAH
100% nak teduh, Penyiraman sekadar melembabkan tanah sahaja, daunnya seakan sama namun size atau lebar daunnya yang membezakan mereka, daunnya mempunyai line putih yang berbentuk telinga gajah dan daunnya kehijauan tua yang sangat cantik, cara pembiakkannya potong ubinya dan tanam dalam pasu dan lakukan kaedah pengewapan untuk cepat keluar tunas baru.
11. CALATHEA
Jenis nak 100% teduh, penyiraman 2 kali sehari pagi dan petang, jenis yang suka duduk berdekatan dengan pokok2 lain (jenis nak berkawan), lebar daunnya bergantung size pasu, senang beranak.
12. AGLONEMA
Batang menegak, Daunnya pelbagai corak yang menawan, susah beranak, 100% nak teduh, penyiraman sekadar melembabkan tanah sahaja, cara pembiakan kena potong ubinya dan lakukan kaedah pengewapan.
Sumber: Facebook Tengku Aiman