DIY & Kraf

Mudah Je Tanam Pokok Bendi, Tak Payah Jaga Lama Tapi Hasil Berbaloi!

8
SHARES

“Sedap bendi ni. Kena belajar tanam sendiri nampaknya…”

Bendi merupakan antara jenis sayuran kegemaran orang ramai. Antara menu yang enak dihidang bersama bendi adalah seperti kari, asam pedas dan lain-lain.

Pokok bendi memang berbaloi untuk ditanam kerana penjagaan yang mudah dan tidak memerlukan sejumlah wang yang banyak. Kalau betul cara tanam, memang berbuah tak berhenti! Makan pun puas. Jom cuba tanam bendi.

Baca juga: Cara Tanam Pokok Mulberi, Berbuah Dengan Lebat & Mudah Jaga!

MUDAH JE TANAM POKOK BENDI, HASIL BERBALOI!

Yang suka tanam bendi saya bagi tips supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah. Bendi perlu dua perkara yang sangat sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yang banyak untuk buah yang banyak.

Bendi perlu dipetik kurang daripada tempoh seminggu ianya mengeluarkn buah. Jika lebih daripada tempoh ini, bendi akan jadi keras. Baja khusus untuk bendi hanyalah baja tinja haiwan.

– Ini namanya bendi renek. Boleh beli biji benih brand BABA. Di luar paketnya ada tulis bendi hijau. Kalau bendi putih dan panjang, itu bendi susu.

– Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lebih kurang 2 kaki. Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkan terus ke tempat penuh cahaya. Pokok bendi suka cahaya yang banyak untuk tumbesaran.

bendi

– Apabila petik buah,buang sekali daunnya.

– Ini paling penting. Selepas petik bendi, buang sekali daunnya, jangan tinggalkan di pokok supaya kesemua zat akan sampai ke buah yang berikutnya.

bendi

Tak perlu baja mahal mahal kerana bendi senang berbuah dan senang dijaga. Selamat bercucuk tanam!

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×