Famili

Petua Madu Mampu Bantu Rawat Anak Batuk Dan Selsema, Boleh Buat Di Rumah Je

134
SHARES

Bila anak-anak mula batuk dan selsema, kita pasti akan risau kan? Mana tidaknya, nanti mereka akan susah nak ke sekolah dan kalau nak belajar di rumah pun tak larat juga. Tambahan lagi, bila mereka batuk dan selsema ni susah dan lambat nak sembuh. Kadang-kadang, macam-macam ubat dah bagi makan pun masih tak sembuh. Apa? Ada petua lain untuk anak mudah sembuh bila batuk dan selsema? Jom kita tengok apakah petua yang dikongsikan oleh Info Ibu Hamil tu.

http://www.thejournal.ie/

PETUA UNTUK ANAK BATUK DAN SELSEMA.

Batuk dan selesema memang penyakit biasa yang kerap menyerang anak-anak kecil. Biasanya kanak-kanak mudah mendapat jangkitan penyakit ini tanpa mengira masa.

Bila dengar sahaja si kecil sudah mula batuk-batuk dan hidung meleleh dengan hingus, ibu dan ayah sudah susah hati. Mulalah terbayang kesukaran untuk menberi anak minum ubat atau lebih teruk perlu mengambil nebulizer di klinik bagi melegakan lendir dan kahak yang tersekat dalam paru-parunya. Bagaimanapun doktor pakar kanak-kanak tidak membenarkan pengambilan sirap ubat batuk di kalangan kanak-kanak dan bayi berusia bawah dua tahun.

www.facebook.com/iihamil

Batuk dan selesema yang dialami oleh kanak-kanak sukar untuk sembuh. Biasanya ia mengambil masa yang lama. Ramai ibu bapa takut untuk menggunakan cara rawatan moden terlalu kerap kerana bimbang kesan sampingan kepada anak mereka. Lepas ini kalau anak anda batuk dan selesema, anda tak perlu risau kerana ada kaedah merawat batuk dan selesema anak tanpa menggunakan ubat. Hanya menggunakan bahan semula jadi yang murah dan mudah diperolehi.

Bahkan ia boleh menyembuhkan batuk dan selesema anak dalam masa satu malam selepas mencubanya! Rawatan ini berkesan memulihkan penyakit berkaitan saluran pernafasan pada kanak-kanak disebabkan kesan melegakannya yang sangat luar biasa.

http://www.noordinaryhomestead.com/

Rawatan ini menggunakan balutan yang diperbuat daripada madu. Kehadiran madu sangat penting dalam cara rawatan ini kerana ia mempunyai aktiviti bio yang tinggi dan membantu menghapuskan mukus/lendir dengan cekap. Bagi melegakan batuk dan menyembuhkan selesema, rawatan ini berguna untuk kanak-kanak serta orang dewasa.

Bahan yang diperlukan

2 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak sayuran
3 – 4 sudu besar tepung
1 helai napkin
1 Pelekat (Band-Aid)
Pembalut luka

fairtradeusa.org

Cara Membuatnya

1. Campurkan tepung dan madu sehingga sebati.Pastikan ia tidak terlalu melekit.

2. Tambahkan minyak sayuran ke dalam adunan dan gaul rata. Buat adunan berbentuk gulung.

3. Letak adunan ke dalam napkin dan bungkus ia dengan cheesecloth.

4. Bungkusan madu telah siap! Letakkan pada dada atau belakang badan menggunakan pelekat (band-aid).

5. Bungkusan ini tidak boleh menutup bahagian jantung.

6. Kanak-kanak hanya perlu memakai rawatan bungkusan madu ni selama tiga jam sementara orang dewasa boleh memakainya semalaman.

http://www.sheknows.com/

Jangan panik, sekiranya anak anda berasa hangat dan mula berpeluh apabila menggunakan rawatan ini. Ia sememangnya kesan yang dijangkakan apabila melakukan rawatan ini dan ia bukanlah satu kesan sampingan.

Bila rawatan bungkusan madu ini sesuai digunakan?

http://contemporarypediatrics.modernmedicine.com/

* Ia sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

* Bungkusan madu ini selamat digunakan.

* Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, selesema dan kegatalan kerongkong.

* Jangan sapu bungkusan ini pada kulit yang alahan, luka dan kecederaan.

* Gunakan rawatan mudah dan menakjubkan ini untuk merawatan selesema anak anda di rumah.

Sumber : Info Ibu Hamil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×