Famili

Malam Raya Bersama ‘Rindu Tanpa Penghujung’ Di TV3, Kisah Pilu Tragedi Pesawat Di Elmina

13
SHARES
pesawat jatuh

Hari Raya Aidilfitri bakal disambut tidak lama lagi dan sudah semestinya ramai dalam kalangan kita yang sedang bergembira bersama ahli keluarga. Namun, tidak dilupakan ada juga yang berdukacita apabila kehilangan insan tersayang dan salah satunya tragedi pesawat jatuh di Bandar Elmina pada tahun lepas.

Berita tragis tentang kejadian pesawat jatuh di Bandar Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor yang berlaku pada 17 Ogos 2023, masih meninggalkan kesan yang mendalam dan ini bakal ditayangkan dalam dokumentari khas ‘Rindu Tanpa Penghujung’.

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

TRAGEDI PESAWAT JATUH DI BANDAR ELMINA DALAM ‘RINDU TANPA PENGHUJUNG’

pesawat jatuh

Selain dari enam penumpang dan dua kru pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1), serta beberapa penumpang di darat, terdapat juga seorang pekerja penghantaran makanan, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang menjadi mangsa kejadian.

Muhamad Hafiz, yang merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik, secara tidak sengaja berada di tempat kejadian dan telah disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 2.40 petang. Dia bukan sahaja merupakan sumber inspirasi untuk adik-adiknya, tetapi juga seorang teladan yang dihormati.

Turut berkongsikan momen yang sangat menyayat hati ini adalah bapa mangsa yang berkata anaknya merupakan seorang yang peka terhadap kesusahan ibu bapa dan tidak suka menyusahkan.

“Saya bawa dia pergi makan tapi dia hanya mengambil lauk telur sahaja. Dia lebih rela menanggung sendiri daripada meminta bantuan ibu bapa,” ujar bapa mangsa, menunjukkan betapa kuatnya semangat kemandirian anaknya.

Seiring hampir genap setahun selepas kehilangan, keperitan itu semakin terasa di saat menyambut kemeriahan Aidilfitri. Bagi yang telah kehilangan orang tersayang, raya kali ini pasti menjadi satu pengalaman yang begitu sukar, kerana ini adalah raya pertama mereka tanpa insan tersayang.

‘Rindu Tanpa Penghujung’ bukan sekadar mendokumentasikan pengalaman dan emosi waris tragedi nahas Elmina yang kehilangan 10 orang tersayang Ogos lalu. Melalui cerita-cerita yang menyentuh hati, kita dapat menghargai nilai kasih sayang, kekuatan keluarga, dan keberanian untuk terus ke hadapan walaupun dibayangi oleh rindu yang tiada penghujung.

Jom sertai kami dalam perjalanan menghayati perasaan ini. Saksikan Rindu Tanpa Penghujung pada malam Raya, jam 11.00 malam hanya di TV3 dan strim sekarang melalui Tonton!

pesawat jatuh

Baca juga: Cara Hilangkan Parut Jerawat Paling Cepat & Jimat Poket Sebelum Raya, Guna Kopi Je!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×