Suami Isteri

7 Perkara Isteri Sembunyikan Daripada Suami

34
SHARES
Isteri sembunyikan daripada suami

Perkahwinan bukan sahaja berkongsi kasih sayang antara suami dan isteri, malah lebih daripada itu seperti tanggungjawab, kesefahaman, pengorbanan, sensitiviti dan banyak lagi.

Isteri sembunyikan daripada suami ?

Biasanya, isteri yang memahami suka berkongsi apa jua dengan suaminya tidak kira luahan hatinya, fikirannya malah yang bekerja, sanggup berkongsi kewangan untuk perbelanjaan keluarga.

1. Isu berkaitan dengan kesihatan

Isteri sakit demam panas

Isteri sakit demam panas, suami peduli?

Bila melibatkan hal-hal kesihatan, isteri lebih suka pendamkan daripada memberitahu suami perkara yang sebenarnya kerana tidak mahu suami berasa bimbang dan tertekan. Biarlah dirinya sendiri yang menanggung kesakitan.

2. Tertekan dengan masalah perhubungan

Jarang isteri meluahkan perasaan apabila terdapat masalah dalam perhubungan dan komunikasi dengan suami. Isteri rela berdiam diri dan ‘makan hati’ apatah lagi melihat wajah anak-anak yang tidak mengerti masalah yang dihidapi oleh ibu mereka.

3. Dapatkan terapi/kaunseling

Apabila terasa tertekan dan perlu tempat untuk meluahkan perasaan, isteri akan beralih kepada orang luar seperti kawan rapat untuk berkongsi masalah.

Ada juga yang mendapatkan terapi daripada pakar dan kaunselor. Perjumpaan itu biasanya disembunyikan daripada pengetahuan suami.

4. Ketidakpuasan dalam hubungan intim

Suami tidur dengan perempuan lain, atas katil aku

Jangan pandang ringan tentang hubungan kelamin

Meskipun sudah lama berkahwin dan mempunyai anak, ada isteri yang masih malu meluahkan rasa ketidak-puasan dalam hubungan bersama secara terbuka dengan suami kerana takut menyinggung hati serta ego suami.

Kalau malam pertama, mungkin boleh lagi. Tapi kalau malam ke 365, macam mana?

5. Hal-hal dalam ofis

Jarang isteri berkongsi perkara-perkara kecil di ofis seperti dapat pujian daripada bos lelaki kerana takut disalah ertikan oleh suami. Meskipun ia berkaitan kerja, isteri rasa lebih baik dipendamkan saja daripada berlakunya salah faham.

6. Peningkatan kerjaya

Tidak semua suami gembira melihat perkembangan isteri yang lebih berjaya daripadanya. Memang mereka suka isteri yang cerdik dan berkerjaya, tapi “not more so than me”. Jadi isteri yang memahami tingkah laku suami, biasanya akan memendam kejayaannya.

7. Buku bank dan insurans

Isteri biasanya pandai merancang masa depan dan menyimpan kewangan adalah salah satu dalam senarai perancangan. Jika terjadi masalah dalam rumah tangga, isteri sudah bersiap sedia bagi memastikan kehidupan dan anak-anak terjamin.

Suami,

Isteri sembunyikan daripada suami

Foto Kredit: in-islam.com

Jangan rasa apa yang disembunyikan oleh isteri adalah salah dan terasa seolah-olah dikhianati. Isteri mana yang tak sayang suami. Bagi isteri, suamilah ‘syurga’ hidupnya.

Tapi tanya juga diri sendiri adakah anda akan menyokong perancangan, kesakitan, penat jerih dan kejayaan isteri?

Jika ya, beritahu isteri yang dia tidak perlu lagi sembunyikan apa-apa daripada anda malah anda bersedia menjadi “a shoulder to cry on” untuk dirinya, bila-bila masa.

Jangan main-main dengan isteri, mereka dianugerahkan sixth-sense yang boleh tahu suami curang! Ada apa-apa lagi perkara yang isteri sembunyikan daripada suami?

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×