Rumah Tangga

10 Perangai Suami Yang Dibenci Isteri. Memang Menyampah!

1.3K
reads
Perangai suami

Ini bukanlah artikel yang mahu kondem suami. Kami tahu, anda adalah suami yang baik.

Tentu sekali anda bukan suami yang teruk. Namun ketahuilah, ada beberapa perangai buruk yang isteri anda tidak suka dan ia mungkin boleh menghantui rumah tangga anda.

Percayalah, isteri anda sebenarnya bosan, sakit hati, benci, stress dan tak tahan dengan perangai suami yang sebegini. Bukannya tidak sabar dan tidak redha, cuma berharap suami berubah untuk kebaikan bersama.

Perangai suami yang jelek

Tips Elak Gaduh Suami Isteri. Jauhi Pergaduhan!

Foto Kredit: gogettergirl.wordpress.com

Isteri anda memerlukan suami yang lebih baik dari suami yang memiliki 10 tabiat dan perangai buruk ini:

1. Perangai suka mengkritik

Berhati-hatilah, jangan sampai menjadi seorang yang suka mengkritik isterinya. Lihatlah kebaikan yang ada padanya. Apabila dia melakukan kebaikan, berikanlah pujian.

Dan apabila anda merasa ingin memberitahu sesuatu yang anda tidak suka pada dia, tukarkan dengan kata pujian yang ikhlas. Dia akan menyukainya.

Sekali-sekala bohong sunat, apa salahnya.

2. Sikap suka mengongkong

Percayalah bahawa anda tidak selalunya betul. Dan isteri anda mampu membuat keputusan yang lebih baik. Jadi, berhentilah mengawal ke mana yang dia ingin pergi, apa yang dia ingin lakukan, berapa banyak dia membelanjakan wang dan sebagainya.

Daripada anda tertekan dengan masalah tersebut, lebih baik anda bekerjasama dengan isteri anda, beri dorongan dan sokongan antara satu sama lain.

Bak kata Wonderpets, “Apa yang penting? Kerjasama!

3. Melayan isteri seperti objek

Tolonglah, para suami sekalian! Isteri anda bukanlah objek atau barangan.

Dia adalah isteri, kawan baik dan permaisuri anda. Dia sepatutnya menerima penghormatan yang tinggi, terutamanya ketika hubungan intim. Hormatilah dia dan anggota badannya dan wujudkan perhubungan emosional dan kepercayaan berfikir untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri anda.

Jangan ingat untuk puaskan diri sendiri sahaja!

4. Sikap membelakangkan isteri

Anda mempunyai isteri. Anda adalah lelaki yang bertuah kerana isteri sanggup menerima anda menjadi teman hidupnya. Jangan hanya mula bergurau dengan isteri setiap kali anda ternampak dia berjalan masuk ke bilik. Senyum sampai ke telinga!

Lain kali, apabila anda ternampak dia, berikan pelukan mesra dan katakan “Abang saya sayangkan ayang“.

Biar dia tahu bahawa anda meletakkannya dahulu berbanding kawan-kawannya, kerja atau melihat perlawanan.

5. Menggunakan bahasa yang kasar

Wahai para suami, anda bukan remaja lagi (walaupun begitu, bahasa kasar adalah sangat tidak cool). Jagalah mulut anda. Belajar untuk tidak menyumpah seranah dan buang segala bahasa kasar tersebut dari perbendaharaan kata anda.

Terdapat banyak lagi perkataan yang menarik dan cantik untuk mengutarakan perasaan anda. Isteri anda layak mendengar kata-kata yang manis dari seorang lelaki yang berbudi bahasa. Isteri anda akan merasa kagum dan orang lain akan merasa anda telah menjadi lebih pandai.

6. Menonton pornografi

Yang ini sudah pasti akan menghancurkan rumah tangga, hidup dan masa depan anda. Jangan menonton pornografi dan pilihlah jalan yang lebih baik.

Jika anda terperangkap dengan ketagihan terhadap pornografi, jumpalah mana-mana kaunselor dan mulakan rawatan untuk ketagihan tersebut.

Daripada hadap pornografi, lebih baik ‘hadap‘ bini sendiri!

7. Jangan bandingkan isteri dengan orang lain

Mohon untuk tidak membanding-bandingkan tubuh badan isteri anda, skil menguruskan kewangan, atau skil penjagaan anak dengan mana-mana orang lain.

Perbandingan anda lambat laun akan menghancurkan harga diri isteri anda. Jadilah seorang suami yang baik, bersabar, sering memaafkan dan fleksibel.

Sekali anda cakap, “Masakan awak tak sama la dengan masakan mak saya“, isteri anda akan ingat sampai bila-bila!

8. Tidak membantu menguruskan kerja di rumah

Ya, anda mungkin menyumbang lebih dari separuh pendapatan untuk seisi rumah anda. Namun, ini tidak bermakna anda boleh berehat di atas sofa sementara isteri anda membersihkan rumah, membasuh pinggan setiap hari dan setiap masa.

Apa salahnya, jadi produktif dan hulurkanlah bantuan. Bersihkan tandas (ya, tandas yang anda gunakan setiap hari), bawa masuk barang yang dibeli di pasaraya dan basuhlah pinggan. Anda dan isteri anda adalah gandingan yang hebat untuk membuatkan rumah anda rumah idaman.

Jangan buat-buat lupa untuk buang sampah dalam tong sampah yang dah penuh!

9. Sikap suka naik tangan

Anda adalah lelaki dewasa. Menjerit dan memarahi isteri anda adalah sesuatu tidak patut dan tidak membantu dan perhubungan. Apatah lagi memukul isteri.

Memarahi, memukul, membaling barang dan mengugut adalah satu penderaan fizikal dan mental. Anda boleh belajar mengawal kemarahan. Anda mampu memberikan jawapan dengan tenang dan penuh kasih sayang.

10. Perangai gatal dengan perempuan lain

Jika anda fikir anda mampu keluar dengan perempuan lain (atau bahasa lainnya: skandal) di tempat kerja tanpa pengetahuan isteri anda, anda sedang berkhayal dan berhalusinasi.

Secara jujurnya, walaupun isteri anda tidak tahu, tindakan tersebut adalah salah. Janganlah khianati kepercayaan isteri. Dan yang lebih penting, buat apa mengecapi keseronokan yang sementara denganperempuan lain?.

Berlaku jujurlah dan setia. Isteri anda berhak mendapatkannya.

Akhir kata

Perangai suami

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Jika anda melihat pada diri sendiri dan mendapati anda mempunyai mana-mana sifat buruk ini, ingat balik amanah anda pada isteri.

Mulalah berubah dan jadi lebih baik untuk isteri anda dan perkahwinan yang menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan.

Yang Popular

To Top