Wah, tahniah kerana anda dan pasangan sudah bernikah dan halal! Tapi, adakah anda benar-benar bersedia untuk menempuh alam perkahwinan? Bukan sekadar majlis mewah dan bulan madu romantis, tapi perkahwinan adalah lebih kepada komitmen dan perubahan jenis sikap individu.
Jom kita bongkar 5 sikap yang wajib diubah selepas berkahwin agar bahtera rumah tangga sentiasa bahagia!
Baca juga: Rasulullah SAW Larang Kita Berkumpul Atau Bual Kosong Selepas Waktu Isyak
5 JENIS SIKAP LELAKI & WANITA KENA UBAH SELEPAS KAHWIN

Foto: Freepik
1.Suka melepak
-Sebelum Kahwin: Mungkin anda bebas melepak dengan kawan-kawan hingga larut malam.
-Selepas Kahwin: Apa yang perlu diubah adalah, lebihkan komunikasi dan masa berkualiti bersama pasangan adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Kurangkan aktiviti melepak dan utamakan masa bersama pasangan.
2.Sikap kedekut
-Sebelum Kahwin: Wang adalah milik peribadi dan boleh dibelanjakan sesuka hati.
-Selepas Kahwin: Kewangan perlu diuruskan bersama pasangan dan perlu ada perbincangan terbuka tentang perbelanjaan. Hal ini kerana, kedekut boleh menyebabkan konflik dan ketidakpercayaan dalam perhubungan.
3.Sikap mengungkit
-Sebelum Kahwin: Mungkin anda pernah membantu rakan atau keluarga dan sesekali mengungkitnya tidak menjadi masalah besar.
-Selepas Kahwin: Mengungkit boleh mencetuskan pergaduhan dan merosakkan keharmonian rumah tangga. Ikhlaskan setiap bantuan dan sokongan yang diberikan kepada pasangan.
4.Sikap panas baran
-Sebelum Kahwin: Anda mungkin mudah marah dan meluahkannya tanpa kawalan.
-Selepas Kahwin: Panas baran boleh menakutkan pasangan dan mewujudkan suasana tegang dalam rumah tangga. Belajar kawal emosi, berkomunikasi dengan tenang, dan cari jalan penyelesaian secara rasional ketika berhadapan dengan konflik.
5.Sikap mata keranjang
-Sebelum Kahwin: Mungkin anda bebas memandang dan mengagumi orang lain.
-Selepas Kahwin: Sikap ini menunjukkan kurangnya rasa hormat kepada pasangan dan boleh menghancurkan kepercayaan. Jaga mata, hargai pasangan dan fokus pada membina keintiman bersama.
*Ingatlah, ketika solo itu lain..ketika sudah ada pasangan itu lain…
Baca juga: Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!
Sumber: Freepik (foto), Tiktok @hazziqhussin