40 Minggu

10 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil. Mengandung Itu Indah!

973
reads
10 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil. Mengandung Itu Indah!

Peranan Suami Ketika Isteri Hamil

Berita hamil adalah satu kegembiraan kepada isteri mahupun suami. Apabila isteri mula hamil maka tanggungjawab suami akan menjadi lebih besar. Ketika hamil, isteri biasanya akan mengalami perubahan hormon dan emosi. Kadangkala mereka akan lebih emosi dari biasa dan perlukan perhatian yang lebih daripada sebelum hamil.

Tidak kiralah kali ini adalah kehamilan yang pertama, kedua magupun seterusnya, seorang suami harus memahami bahawa kehamilan ini hatus dipikul tanggungjawabnya oleh kedua-dua pihak. Berapa ramai yang kita dengar berkenaan suami yang mengabaikan isteri ketika hamil dalam keadaan sedar mahupun tidak.

Berikut adalah panduan buat para suami:

1. Jadi pendengar setia

Sentiasa mendengar. Suami mestilah jadi pendengar yang setia. Mungkin suami selalu sahaja mendengar keluhan isteri yang selalu sakit-sakit dan lenguh badan. Dengarlah rintihan mereka kerana mereka mahukan perhatian yang tiada berbelah bahagi.

2. Sentiasa membantu

Isteri yang hamil sentiasa mahukan suami yang sedia membantu tanpa diminta. Nampak sahaja baju yag tidak lagi berbasuh atau dapur yang masih bersepah, maka ringan-ringankanlah tangan untuk membantu isteri. Bagi yang sudah mempunyai anak, bantuan suami diperlukan untuk mengendalikan anak-anak yang lain.

3. Sediakan tempat yang selesa

Isteri yang hamil memerlukan tempat yang selesa. pastikan tempat tidur dan istirehatnya baik untuk kehamilannya. Ini bagi memastikan isteri mendapat rehat yang cukup dan baik untuk dia melahirkan anak nanti.

4. Pastikan isteri mendapat makanan yang berkhasiat

Wanita hamil memerlukan makanan berkhasiat bagi memastikan ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat. Menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan isteri makan makanan yang berkhasiat dan mendapat vitamin atau makanan tambahan ketika hamil.

5. Pastikan isteri menjalankan pemeriksaan rutin ketika hamil

Pemeriksaan rutin ketika hamil adalah wajib untuk memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat. Cari dan pilihlah klinik atau hospital yang baik untuk isteri menjalankan pemeriksaan rutin.

6. Merancang perbelanjaan keluarga

Apabila isteri hamil, maka perbelanjaan keluarga juga akan meningkat. Masukkan kos pemeriksaan rutin, kos hospital, barang-barang bayi

7. Memastikan barang keperluan bayi dan isteri cukup

Memang ianya nampak remeh tetapi ianya sangat penting. Barang-barang bayi seperti lampin, baju, sarung tangan dan kaki dan sebagainya perlu disiapkan sebelum bayi lahir lagi. Barang ibu pula seperti kain batik, lampin pakai buang, baju blaus dan sebagainya perlu ada dalam senarai barang yang disenarai suami. Duduklah bersama-sama isteri dan rasai pengalaman indah ini!

8. Mencari dan memilih bidan yang baik dan sesuai untuk isteri

Bagi orang Melayu, penjagaan selepas bersalin amat penting. Bidan yang dipilih akan mengurut dan menadikan bayi untuk beberapa hari selepas bersalin.

9. Fahami hati isteri

Wanita yang mengandung mengalami pelbagai perubahan. Bukan sahaja perubahan fizikal tetapi juga emosi. Selalulah bertanya, belai, atau urut isteri bagi meringankan kesukaran isteri.

10. Solat dan berdoa untuk isteri dan bakal bayi

Suami janganlah lepas daripada menjalankan tanggungjawabnya solat samada yang wajib mahupun sunat. Lazimi solat sunat seperti solat sunat dhuha dan hajat dan sentiasa mendoakan agar isteri dan anak yang bakal lahir akan selamat. Amalkan juga membaca al-Quran kerana al-Quran mempunyai 1001 kebaikan dan penawar.

Semoga dengan kehamilan ini akan menambahkan lagi kasih sayang di antara suami isteri.

Yang Popular

To Top