Famili

Jurukamera Tolak Pengantin Masuk Parit, ‘Bridal’ Kecewa Kenang Busana & Aksesori Klien Lain Nak Pakai!

3
SHARES
pengantin lelaki

Sebuah rakaman yang memperlihatkan aksi antara jurukamera menolak pengantin lelaki ke sebuah parit ketika sesi bergambar, telah menjadi perhatian ramai di media sosial.

Bukan sahaja dalam kalangan warga maya, malah video tular itu turut mendapat perhatian seorang wanita yang dipercayai pemilik butik baju pengantin (bridal) berkenaan yang terkejut dengan tindakan jurukamera tersebut.

Baca juga: Suami Mengadu Kena Mengemis Nak Bersama “Itu Pun Masih Tak Dapat!”, Ini Nasihat Untuk Isteri

PENGANTIN LELAKI DITOLAK JURUKAMERA MASUK PARIT

pengantin lelaki

Gambar: TikTok @shaffat.as01

Jurukamera tolak pengantin lelaki masuk parit

Menerusi video, dapat dilihat pengantin lelaki yang sedang ‘posing‘ di atas titi kecil mengikut arahan jurukamera sambil disaksikan pengantin perempuan.

Tidak semena-mena, jurukamera perlahan-lahan melangkah ke hadapan dan menolak pengantin lelaki yang menyebabkan dia terjatuh ke dalam parit yang airnya keruh.

“POV: Bila kau jadi cameraman,” tulis jurukamera pada video yang dimuat naiknya itu.

Dikongsikan pada semalam, rakaman tersebut telah ditonton sebanyak 3.1 juta tontonan menerusi aplikasi TikTok.

pengantin lelaki

Gambar: TikTok @shaffat.as01

Baca juga: Rasa Nak Tukar Angin Tempat Baru? Ini Contoh Surat Berhenti Kerja Dari Serta-Merta Hingga Sebulan!

Pihak bridal berasa kecewa

Sementara itu, di ruangan komen pula, adegan yang dilihat kelakar itu telah mengundang kekecewaan pihak bridal yang dikenali sebagai Tepak Sireh Bridal.

Jelasnya, busana berkain songket dan aksesori yang dipakai pengantin mempunyai cara pencucian khas bagi mengelakkan warnanya luntur ataupun rosak.

Malah, keadaan itu telah merisaukan bridal kerana baju berkenaan bakal dipakai oleh pengantin seterusnya.

butik pengantin

Gambar TikTok @shaffat.as01 : Tangkap layar komen ditinggalkan pihak bridal di video tular itu.

Baca juga: “Percaturan Allah”- Susu Handzalah Kini Milik Bayi Faleeq Yang Ibunya Meninggal Dunia Dalam Tidur

Pelanggan yang bakal pakai persalinan itu menghubungi bridal

Lebih parah lagi, seorang pelanggan yang sudah membuat tempahan menyewa busana itu pada minggu hadapan telah menghubungi bridal dan bertanyakan sama ada persalinan di video yang tular itu akan dipakainya nanti.

Baca juga: Doktor Dedah SEBAB Hubungan Melalui Dubur Lebih Berisiko Dapat AIDS, Bertaubatlah!

Jurukamera memohon maaf 

Rentetan menyedari kekecohan yang berlaku, jurukamera telah memohon maaf kepada pemilik butik dan akan bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku.

butik pengantin

Gambar: TikTok @mamaqiqai

Baca juga: Warga Emas Sebak Terima Kunjungan Ramai Di Gerai Makan, Selepas Video Tular “2 Hari Makanan Habis…”

Sumber: TikTok @shaffat.as01 / TikTok @mamaqiqai

FT Image: TikTok @shaffat.as01

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×