Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan tahun 2023 dan 2024 kini boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan diberitahu di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM – public.moe.gov.my). Justeru, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017 boleh membuat permohonan atau pendaftaran secara atas talian.
Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak ke sesi persekolahan Tahun 1 pada 2023 dan 2024 diminta untuk membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih.
Baca juga: Panduan ‘Pencil Grip’ Untuk Anak Supaya Tak Cepat Penat Menulis
PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2023/2024 DIBUKA MAC
Antara syarat yang diletakkan untuk pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024 adalah seperti yang berikut:
1.Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
2.Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar bagi permohonan murid Tahun Satu (1) sesi 2023/2024.
1.Layari laman SPATKPM
2.Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan penjaga dan kata laluan bagi pengguna sedia ada.
3.Bagi pengguna baharu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang DAFTAR PENGGUNA
4.Isikan maklumat peribadi seperti maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi kanak-kanak
5.Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta surat persetujuan kesihatan.
Bawa cetakan borang permohonan bersama dokumen seperti sijil lahir kanak-kanak, kad pengenalan ibu bapa/penjaga,
surat nikah/cerai, salinan bil elektrik/bil air/cukai pintu, sampul surat bersaiz standard beserta stem, laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan) dan Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh ajukan soalan anda ke emel : https://public.moe.gov.my/
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia