Hebahan

Jangan Terlepas, Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 Sesi 2020 Bakal Dibuka Mac 2019

285
SHARES

Walaupun baru sahaja sesi persekolan bermula namun ibubapa yang masih mempunyai anak-anak yang bakal ke tahun 1 pada tahun 2020 tidak boleh duduk diam. Hal ini kerana anda perlu sentiasa ‘alert’ dengan notis pemberitahuan mengenai daftar kemasukan murid tahun 1 secara online. Pertama kali anak bakal ke tahun 1? Inilah caranya yang anda perlu tahu supaya tak terlepas tarikh perndaftaran pula!

WAJIB TAHU – DAFTAR ANAK DARJAH 1

Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2013 , yang lahir pada 2014 atau yang lahir pada 1.1.2014  wajib ambil tahu.

GUIDELINE UNTUK IBUBAPA

1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.

2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2019 https://public.moe.gov.my/

3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

4) Dokumen yang diperlukan

– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
– semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah (Info dari Puan Izura Abd Sani)

5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera

Permohonan sistem kemasukan darjah 1 secara online : (bakal dibuka 1 Mac 2019) https://public.moe.gov.my/

*Maklumat penuh di https://www.mysumber.com/daftar-murid.html

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×