Rasa keunikan Sarsi telah bertahan sejak sekian lama. Ini adalah kerana Sarsi sentiasa mendapat sokongan para peminatnya yang unik, berani, tersendiri, dan tidak pernah berhenti melakukan sesuatu yang mereka sukai.
Untuk menghargai keunikan dan pendapat individu sebegini, Sarsi ingin memperkenalkan Pertandingan Instagram #SarsiBestWith – pencarian kombinasi makanan paling kreatif dan unik di seluruh negara.
Kongsikan Kombinasi Makanan Paling Kreatif
Rakyat Malaysia amat terkenal dengan kepelbagaian dan minat yang mendalam terhadap makanan. Jadi, tidak hairanlah jika ada antara kita yang suka mengkombinasikan beberapa jenis makanan dalam satu.
Kombinasi beberapa jenis makanan mungkin ada yang menarik, dan tidak kurang pula yang ada pelik. Contohnya, ada yang suka menikmati mi segera dengan keju atau ‘waffle’ bersama ayam.
Walau apa pun gabungan makanan tersebut, jangan lupa kongsikan kenikmatannya bersama #SarsiBestWith. Inilah keunikan anda yang dicari-cari!
Sarsi percaya bahawa ramai lagi yang mempunyai bermacam-macam sentuhan kreatif dalam menggabungkan makanan yang mengkagumkan!

Contoh kombinasi makanan unik 1: Rempeyek bersalut coklat dan acar pai tee

Contoh kombinasi makanan unik 2: Aiskrim dengan kentang goreng

Contoh kombinasi makanan unik 3: Burger ramen
Makan Malam Istimewa Menanti 10 Pemenang Bertuah
Sarsi akan memberi ganjaran kepada 10 orang yang berjaya menonjolkan stail makanan paling kreatif di Malaysia.
10 pemenang bertuah ini akan dibawa menikmati 4 hingga 7 hidangan makan malam yang disediakan oleh chef handalan.
Menariknya, mereka akan turut menghidangkan makanan yang diinspirasikan oleh pemenang-pemenang tersebut.
Bukan itu saja, setiap pemenang akan berpeluang membawa 4 lagi rakan untuk berkongsi pengalaman menikmati hidangan istimewa ini!
3 Langkah Mudah Menyertai #SarsiBestWith
Hanya 3 langkah mudah yang perlu anda lakukan untuk menyertai pertandingan ini melalui telefon pintar anda!
Caranya, semua peserta dikehendaki
- Mengambil gambar stail kombinasi makanan yang paling unik
- Muat naik di akaun Instagram masing-masing
- Hastag #SarsiBestWith
Para peserta akan diadili berdasarkan kreativiti, ‘caption’ menarik pada foto tersebut, serta kualiti fotografi yang turut diambil kira.
10 penyertaan paling kreatif yang bakal ditentukan oleh juri kami adalah pemenangnya!
Pertandingan ini akan berlangsung mulai hari ini hingga 17 April 2016.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut, sila layari laman Instagram @mysarsi (www.instagram.com/mysarsi) atau laman Facebook F&N Fun (www.facebook.com/notes/fn-fun/sarsibestwith-instagram-contst-terms-and-conditions/950699934983214) untuk terma dan syarat.
Selamat mencuba!