Dapur

5 Kedai Nasi Lemak Sedap Di KL & PJ. Sambal Sedap!

8.2K
reads
5 Kedai Nasi Lemak Sedap Di KL & PJ. Sambal Sedap!

Nasi Lemak Sedap di KL & PJ

Pelik sungguh bila kita lihat gaya hidup rakyat Malaysia. Sarapan pagi, nasi lemak. Tengahari makan nasi lemak. Makan malam juga menjamah nasi lemak.

Tidak dapat disangkal lagi, nasi lemak ialah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.Nasi lemak boleh dikatakan makanan ‘all time favourite’ bagi rakyat Malaysia tak kira bangsa. Berbeza di Pantai Timur, nasi lemak menjadi makanan pilihan untuk sarapan sahaja. Sebaliknya, di Kuala Lumpur, nasi lemak menjadi makanan untuk dinner ataupun supper. Adakah anda salah seorang penggemar nasi lemak atau nasi lemak lover?

Kali ini kami ingin berkongsi dengan peminat nasi lemak iaitu 5 kedai nasi lemak popular di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ).

Seperti senarai kedai nasi Arab yang kami kongsikan sebelum ini, senarai nasi lemak sedap ini kami buat mengikut ranking di Foursquare. Ia berdasarkan review dari penggemar nasi lemak merangkumi kesedapan sambal dan lauk tambahan seperti ayam goreng.

1. Restoran Village Park (Damansara Utama)

Restoran Village Park atau lebih dikenali sebagai Uptown Village Park sering kali sesak dengan pelanggan sehingga perlu menunggu lama untuk mendapat tempat duduk walaupun pihak restoran telah membuka meja dibahagian parking. Menurut review yang kami baca, rata-rata menyatakan kesedapan nasi lemak disini adalah kerana ayam gorengnya.

Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Restoran Village Park 1

Lokasi:
5, Jln SS 21/37 (Damansara Utama), 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari dari  7am – 8pm
Ahad 7am – 6pm

Foursquare: https://foursquare.com/v/village-park-restaurant/4b224fc6f964a5206a4524e3

Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Village Park

Foto kredit : Foursquare

2. Nasi Lemak Bumbung (Seapark Petaling Jaya)

Nasi lemak bumbung adalah sebuah restoran India yang sering menjadi tumpuan dikala malam bagi mereka yang tinggal di kawasan Petaling Jaya. Walaupun meja hanya dibuka di lorong jalan, dan agak sukar untuk mendapat tempat  ia tetap menjadi tumpuan. Saya sendiri pernah beberapa kali makan di Nasi Lemak Bumbung. Pada saya, sambal dia sangat sedap! Lebih-lebih lagi bila ditambah dengan telur goyang (telur mata).

Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Nasi Lemak Bumbung Seapark

Lokasi:
Jalan 21/11B, Seapark, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat dibuka dari 5pm – 4am

Foursquare: https://foursquare.com/v/nasi-lemak-bumbung/4b5adfc4f964a52048d828e3

Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Nasi Lemak Bumbung Seapark 2

Foto kredit : Foursquare

3. Nasi Lemak Mak Wanjor (Kampung Baru)

Gerai Nasi Lemak Mak Wanjor sudah 42 tahun dibuka di Kampung Baru dengan menjual nasi kukus pada permulaannya sehingga menjadi trademark Mak Wanjor sehingga kini. Yang menjadi tarikan disini adalah sambal yang ‘hot’ yang menjadi perbualan ramai walaupun ia sebaris dengan Nasi Lemak Antarabangsa. Ramai yang memberi maklum balas, Nasi Lemak Mak Wanjor lebih sedap berbanding Nasi Lemak Antarabangsa. Disini mereka mengamalkan konsep bayar dahulu sebelum makan.

 Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Nasi Lemak Man Wanjor

Lokasi:
8, Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari bermula 6.30am – 12pm, dan 4pm – 1am

Foursquare: https://foursquare.com/v/nasi-lemak-mak-wanjor/4b77549bf964a52097922ee3

Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Nasi Lemak Man Wanjor 2

Foto kredit : Foursquare

 4. Nasi Lemak Selera Jaya 223 (Petaling Jaya)

Nasi Lemak Medan Selera Jaya 223 atau lebih dikenali sebagai ‘mapley’ bagi pelajar Universiti Malaya memang menjadi tempat lepak terbaik sambil makan nasi lemak dan juga otak-otak kempas. Di Selera Jaya 223, terdapat 2 kedai nasi lemak iaitu nasi lemak yang ber’cop’ biru dari gerai Suri dan merah dari gerai Yatie.

Bagi saya yang seringkali makan nasi lemak di sini, saya lebih suka nasi lemak cop merah atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Panas Gerai Yatie Pak Cu. Ini kerana sambalnya yang pedas dan manis berbanding Suri yang lebih kepada pedas semata-mata. Lagi sedap dapat nikmati nasi lemak dengan otak-otak bakul kuning!. Nasi lemak di sini antara yang termurah dengan harga RM1.20 sebungkus dan RM2.50 sepinggan.

Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Nasi Lemak Selera Jaya 223

Lokasi:
Jalan 51A/223, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari seperti masa berikut
Isnin – Khamis : 1pm – 2pm dan 8pm – 2am
Jumaat – Sabtu : 8pm – 4am
Ahad : 8pm – 1am

Foursquare: https://foursquare.com/v/selera-jaya-223-petaling-jaya-selangor/4b531a90f964a520098f27e3

Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Nasi Lemak Selera Jaya 223 4

Foto kredit : Foursquare

5. Nasi Lemak Mali’s Corner (Danau Kota)

Bagi mereka yang tinggal berdekatan Danau Kota, Nasi Lemak Mali’s Corner pasti menjadi bualan selain dari Char Kuey Teow. Konsep di Mali’s Corner adalah layan diri. Tetapi agak pelik kerana perlu membuat ‘que‘ ditempat berbeza untuk Nasi Lemak dan Char Kuey Teow.

Walaubagaimanapun, disebabkan sambutan yang menggalakkan, Mali’s Corner telah membesarkan perniaggan daripada 1 lot kepada 3 lot kedai. Myselera.com ada membuat review di Mali’s Corner untuk tatapan dan panduan pembaca.

Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Nasi Lemak Mali's Corner

Lokasi:
Platinum Walk, Danau Kota (Jalan Taman Ibu Kota), 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari 8am – 5am

Foursquare: https://foursquare.com/v/malis-corner/4bcd3bd6937ca5930894ac92

Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur - Nasi Lemak Mali's Corner 5

Foto kredit : Foursquare

Pasti ada yang perasan dan tertanya-tanya, bagaimana dengan kedudukan ranking untuk nasi lemak paling popular iaitu Nasi Lemak Antarabangsa, Nasi Lemak Tangling dan Nasi Lemak Famous Bangsar. Untuk makluman, berdasarkan kajian saya, kedudukan adalah seperti berikut:

Pernah dengar Nasi Lemak Wak Kentut yang popular di Kulaijaya, Johor? Tunggu review di MySelera.com pada masa akan datang.

Anda pula bagaimana? Dimana tempat nasi lemak paling sedap bagi anda? Kalau anda jenis yang tidak suka makan luar, boleh buat nasi lemak sedap sendiri dengan merujuk pada laman web MyResipi.com

Selamat mencuba!

Yang Popular

To Top