Famili

F&NHB Meraikan 140 Tahun Jenamanya, Bertemakan “Kisah Kita… Selamanya”

2
SHARES
Kisah Kita… Selamanya

Bertemakan “Kisah Kita… Selamanya.”, pada 23 Ogos lalu, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB atau Kumpulan) dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-140 jenamanya.

F&NHB komited dalam menyampaikan “Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati” dengan rangkaian pelbagai jenamanya telah membangkitkan kenangan warna-warni yang berkekalan bersama. Tema ulang tahun, “Kisah Kita… Selamanya,” mengabadikan intipati tradisi yang berharga ini, di mana produk F&N telah menjadi pemangkin untuk menjalin hubungan mesra di kalangan orang tersayang.

‘KISAH KITA… SELAMANYA’ TEMA ULANG TAHUN F&NHB KE-140 TAHUN

Kisah Kita… Selamanya

Gambar: Gambar: Pengerusi Fraser & Neave Holdings Bhd, Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalulail (4 dari kiri), En Hui Choon Kit, CEO Fraser & Neave, Ltd (4 dari kanan, belakang), En Lim Yew Hoe, CEO Fraser & Neave Holdings Bhd (kanan sekali) bersama Duta 100PLUS Datuk Wira Lee Chong Wei dan Dato’ Azizulhasni Awang serta Ahli Lembaga Pengarah Fraser & Neave Holdings Bhd di Pekan F&N semasa pelancaran rasmi Ulang Tahun ke-140 F&N.

F&N Meraikan 140 Tahun dengan Memberi Penghormatan kepada Warisan dan Sokongan Teguh oleh Rakyat Malaysia

F&N berbesar hati untuk mendapat penghormatan sebagai sahabat teguh untuk semua generasi rakyat Malaysia. Dalam meraikan warisan kami, kami juga teruja dan bersemangat dalam mengembangkan era pertumbuhan dan transformasi yang lestari secara menyeluruh pada masa yang akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB Lim Yew Hoe.

Kini, F&NHB boleh didapati di 89 negara dan akan terus mengembangkan perniagaannya melalui pemerolehan strategik dan meluaskan jejaknya merentasi rantaian nilai makanan dan minuman.

Diperkukuhkan dengan integrasi produk Sri Nona dan Cocoaland baru-baru ini ke dalam portfolionya, sektor makanan Halal berbungkus merupakan tonggak pertumbuhan yang menggalakkan untuk F&NHB. Langkah ini membolehkan F&NHB memenuhi cita rasa yang pelbagai di kalangan masyarakat bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran.

Pembungkusan 100PLUS kini membawa “lambang” solar

Kisah Kita… Selamanya

Gambar:

Selain itu, F&N telah mengurangkan pergantungannya kepada bahan api fosil dengan memasang sistem fotovoltaik suria (PV), bumbung terbesar di Malaysia di kilangnya, sejak tahun 2020. Dengan 11,000 panel solar di kilang Shah Alam, tenaga solar yang dijana kini menyumbang lebih daripada separuh penggunaan elektrik untuk menghasilkan 100PLUS, minuman Isotonik No. 1 di Malaysia.

Berikutan kejayaan ini, 100PLUS akan membawa lambang “Solar” dalam pembungkusannya.

Sambutan Ulang Tahun ke-140 F&N ini telah berlangsung dari 23hb hingga 27 Ogos 2023 lalu, dengan jerayawara khas di Oval Atrium, LG Concourse Level, di 1Utama Shopping Centre. Di mana, para tetamu telah mencipta kenangan bersama F&N melalui aktiviti menarik di ‘Pekan F&N’ yang juga berpeluang memenangi salah satu daripada tiga skuter Vespa edisi terhad di jerayawara Ulang Tahun ke-140 F&N.

Sambutan itu telah dirasmikan oleh Pengerusi F&NHB, Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail, En. Hui Choon Kit, Ketua Pegawai Eksekutif Fraser and Neave, Limited, bersama En. Lim Yew Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB dan beberapa ahli Lembaga Pengarah F&NHB.

Turut hadir bersama ialah duta 100PLUS Datuk Wira Lee Chong Wei dan Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang, yang menyertai sambutan ulang tahun itu bersama-sama tetamu di jerayawara.

Tonton cerita ulang tahun F&N ke-140 di sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×