Siapa kata kerja pemandu dan rider Grab tak mencabar?
Dalam cuaca panas terik, mereka tetap gigih memastikan kita semua sampai ke destinasi dan menerima pesanan tepat pada masanya.
Tapi anda tahu tak, kerja macam ni boleh buat mereka cepat lesu kalau tak cukup hidrasi?
100PLUS & Grab punya misi untuk Frontliner Jalanan!
Untuk bantu komuniti pemandu dan rider Grab kekal bertenaga, 100PLUS, jenama minuman isotonik nombor satu Malaysia, telah mengambil langkah besar dengan kerjasama eksklusif bersama Grab!
Matlamat utama mereka adalah untuk memastikan frontliner jalanan kekal hidrat dan segar sepanjang hari, walaupun berdepan cuaca mencabar.
Kerjasama ini termasuk:
- Mengagihkan ribuan sampel 100PLUS kepada pemandu dan rider di Grab Driver Center.
- Menyebarkan kesedaran tentang pentingnya kekal hidrat ketika bekerja.
- Pengumuman khas melalui pelbagai saluran Grab seperti FB Pemandu & Rider, notifikasi dalam aplikasi, dan kempen e-mel (EDM) untuk pastikan mesej sampai kepada semua komuniti Grab.
Ini bukan sekadar pemberian minuman, tetapi ia adalah tanda penghargaan kepada mereka yang tak kenal penat bekerja untuk kita semua. Dengan ribuan tin 100PLUS, pemandu dan rider Grab kini lebih bersedia untuk hadapi cabaran di jalan raya.
Terima kasih, frontliner jalanan!