Seronoknya, sebuah pakej istimewa iaitu Pakej Cuti Penjawat Awam telah dilancarkan oleh Tourism Malaysia sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia 2020 ni tau!
Pakej percutian ini merupakan kerjasama Tourism Malaysia dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang menawarkan harga pakej istimewa bagi destinasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Highlands.
Penjawat awam digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memanfaatkan pakej-pakej yang ditawarkan kerana terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Disember 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.
[Baca juga: Cara Daftar Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Secara ‘One-Off’ ]
Keistimewaan Pakej Cuti Penjawat Awam Oleh Tourism Malaysia
Penjawat awam boleh mendapatkan pakej-pakej ini dengan hanya menggunakan pas pekerja penjawat awam di agensi-agensi pelancongan yang terpilih.
#PakejCutiPenjawatAwam ini dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel serta operator pelancongan yang memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota.
Sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.
Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untuk pengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus.
Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah;
- Putrajaya tour,
- Bangi Wonderland,
- I-City Shah Alam,
- Farm In The City,
- Genting Highland,
- Sky Bridge KLCC,
- Sky Mirror Kuala Selangor,
- Farm Tour UPM Serdang,
- Sunway Lagoon,
- Wet World Shah Alam,
- Aquaria KLCC,
- Muzium Kesenian Islam,
- MAEPS
- dan banyak lagi.
Cara Buat Pembelian Pakej Cuti Penjawat Awam
Pakej istimewa ini boleh dilayari di laman sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel atau imbas Kod QR di dalam gambar di bawah.
Anda juga boleh merujuk poster di bawah bagi membuat pilihan pakej-pakej yang diminati.
Terma dan Syarat #PakejCutiPenjawatAwam
Berikut adalah terma dan syarat bagi Pakej Cuti Penjawat Awam yang telah dilancarkan oleh Tourism Malaysia.
- Tawaran Pakej adalah untuk Penjawat Awam yang bekerja di Malaysia sahaja
- Kad pekerja rasmi yang sah perlu dipamerkan kepada hotel / agensi Pelancongan/tempat tarikan yang tersenarai bagi tujuan pembelian sebarang Tawaran / Pakej Pelancongan
- Tarikh Akhir tempahan adalah sehingga 30 September 2020
- Tempoh promosi adalah sah sehingga 31 Disember 2020
- 5000 pelanggan terawal layak menerima tiket percuma KL Hop On Hop Off sah sehingga 31 Disember 2020
- Harga Tawaran tertakluk kepada perubahan
- Program lawatan tertakluk kepada perubahan
- Sebarang tempahan perlu dibuat secara terus dengan agensi Pelancongan/ hotel / tempat tarikan yang tersenarai
[ Baca juga : Forest Skywalk FRIM Dibuka 31 Ogos Ini. Ada Menara 50m, View Cantik Sangat! ]
Banyak Lagi Pilihan Pakej Pelancongan Menarik Di Laman Web Tourism Malaysia!
Bagi rakan-rakan yang bekerja di sektor swasta/persendirian, jangan gusar kerana terdapat banyak pilihan pakej pelancongan yang menarik yang boleh didapati di laman web Tourism Malaysia.
Pergi saja ke pautan https://www.malaysia.travel/deals-packages dan pilih sahaja mana satu yang menarik hati.
Hubungi ejen pelancongan tersebut dan ‘get a deal!’
Jom #cuticutimalaysia dan #traveldomestic!